Tuesday, December 15, 2015
Friday, October 30, 2015
Thursday, October 22, 2015
Matic Street Arts Festival 2015
Bulan November ini merupakan nomen yang ditunggu-tunggu oleh semua artis serta orang ramai yang terlibat dalam memeriahkan MaTiCStreet Arts Festival (MSAF) yang akan di adakan di Lanai, MaTiC. Festival Seni Jalanan atau pun dikenali sebagai street Arts Festival bukanlah suatu yang asing di matadunia. Beberapa negara lain juga telah lama mengadakan program seperti ini dan ternya ia dilihat sebagai salah satu usaha baik dalam memperkasakan sektor pelancongan negara.
Kemeriahan festival yang akan berlansung pada 7-8 November 2015 ini turut didorong oleh kreativiti pemilik gerai dalam memasarkan barang serta produk masing-masing. MSAF ini telah dirangka dengan pelbagai jenis aktiviti menarik khas buat pengunjung yang hadir seperti konsert; Kartun dan Komik; Persembahan dan pertandingan Buskers dan Band Indie; Mural dan Graffiti; Barber dan Pakaian; Perhimpunan ‘Bikers’ dan TrakMakanan. Beberapa barisan artis terkenal tanah air akanmemeriahkan lagi kehangatan festival ini.
Festival seperti ini antara lain adalah bertujuan untukmengetengahkan keunikan seni dan budaya masyarakat malaysia khusunya masyarakat bandar/ urban yang merupakan salah satu trend hidup terkini. Impak yang mampu diberikan dari festival seperti ini sangat kuatdalam kalangan penggiat mahupun peminat seni itusendiri.
Ini kerana ia juga boleh menjadi salah satu platform untuk menyerlahkan bakat para seniman, artis, karyawanuntuk memberi ruang agar mereka dapatmempertontonkan hasil karya mereka kepada orang ramai. Di samping itu, festival seperti ini juga dapatmembina dan membuka peluang pekerjaaan kepada usahawan dalam industri kreatif serta makanan.
Penganjuran festival seperti ini juga secara tidak langsung dapat mempromosikan Pusat PelanconganMalaysia (MaTiC) sebagai salah satu ikon dan pusatinformaasi pelancogan dan kebudayaan negara.Menggunakan konsep ‘Family Fun’, festival seni jalanan ini pasti akan ‘memukau’ perhatian anda! Jom sama-sama kita meriahkan MSAF pada 7-8 November 2015 ini!
Tuesday, October 13, 2015
MATIC STREET ARTS FESTIVAL 2015
ARTS FESTIVAL 2015
ditunggu-tunggu oleh semua artis serta orang ramai yang terlibat dalam
memeriahkan MaTiC Street Arts Festival (MSAF) yang akan di adakan di Lanai,
MaTiC. Festival Seni Jalanan ataupun dikenali sebagai Street Arts Festival
bukanlah suatu yang asing di mata dunia. Beberapa negara lain juga telah lama
mengadakan program seperti ini dan ternya ia dilihat sebagai salah satu usaha
baik dalam memperkasakan sektor pelancongan negara.
berlansung pada 7-8 November 2015 ini
turut didorang oleh kreativiti pemilik gerai dalam memasarkan barang serta
produk masing-masing. MSAF ini telah
dirangka dengan pelbagai jenis aktiviti menarik khas buat pengunjung yang hadir
seperti Konsert; Kartun dan Komik; Persembahan dan Pertandingan Buskers dan
Band Indie; Mural dan Graffiti; Barber dan Pakaian; Perhimpunan ‘Bikers’ dan
Trak Makanan. Beberapa barisan artis terkenal tanah air akan memeriahkan lagi
kehangatan festival ini.
adalah bertujuan untuk mengetengahkan keunikan seni dan budaya masyarakat
Malaysia khusunya masyarakat bandar/ urban yang merupakan salah satu trend
hidup terkini. Impak yang mampu diberikan dari festival seperti ini sangat kuat
dalam kalangan penggiat mahupun peminat seni itu sendiri.
satu platform untuk menyerlahkan bakat para seniman, artis, karyawan untuk
memberi ruang agar mereka dapat mempertontonkan hasil karya mereka kepada orang
ramai. Di samping itu, festival seperti ini juga dapat membina dan membuka
peluang pekerjaaan kepada usahawan dalam industri kreatif serta makanan.
festival seperti ini juga secara tidak langsung dapat mempromosikan Pusat
Pelancongan Malaysia (MaTiC) sebagai salah satu ikon dan pusat informaasi
pelancogan dan kebudayaan negara. Menggunakan konsep ‘Family Fun’, festival
seni jalanan ini pasti akan ‘memukau’ perhatian anda! Jom sama-sama kita
meriahkan MSAF pada 7-8 November 2015 ini!
Tuesday, October 6, 2015
Pameran Fotografi #Kolektif1 Sempena Hari Pelancongan Sedunia 2015
Sejumlah 78 karya dan hasil foto dari pelbagai tempat pelancongan di seluruh dunia telah dipamerkan menerusi Pameran Fotografi #Kolektif1 dan Pelancaran Bas Hop on Hop off (HOHO) World Tourism Day 2015. Pameran ini bermula pada 3 September hingga 30 Oktober 2015 di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC).
Pameran Fotografi #Kolektif1 yang dirasmikan oleh YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia ini merupakan kerjasama strategik di antara Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) melalui Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) dan En. Yaman Ibrahim yang merupakan jurugambar profesional terkemuka di Malaysia bersama 28 orang lagi jurugambar profesional tanah air dan juga yang didatangkan khas dari Brunei.
Menurut YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, dalam ucapannya, "kerjasama strategik yang positif menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) sebegini bukan sahaja dapat menyumbang ke arah kelestarian dan merancakkan lagi industri pelancongan negara bahkan menghasilkan program yang berimpak tinggi, kos yang rendah serta dapat dilaksanakan segera".
Bertemakan '1Bilion Pelancong, 1Bilion Peluang', sambutan Hari Pelancongan Sedunia bermatlamat untuk meraikan sumbangan dan kepentingan pelancongan dalam menjana ekonomi serta membentuk dan mempengaruhi nilai-nilai sosial dan budaya.
Selain memaparkan keunikan dan kesenian dalam konteks budaya dan gaya hidup, sesungguhnya Pameran Fotografi #Kolektif1 ini diharap mampu memberi pengetahuan dan kefahaman kepada masyarakat lebih-lebih lagi generasi muda di luar sana tentang aspek-aspek penting dalam menghasilkan fotografi pelancongan yang berkualiti dan berkredibiliti.
Saturday, September 26, 2015
Start In Tioman 2015
Pulau Tioman sememangnya terkenal dengan aktiviti selam skuba. Buat peminat aktiviti selam skuba Start In Tioman, begitu sinonim dengan pulau ini yang menjadi inspirasi kepada mereka yang ingin mendapatkan kemahiran melakukan aktiviti selam skuba.
Monday, September 21, 2015
WORLD TOURISM DAY 2015 - '1Billion Tourists, 1Billion Opportunities’
This year’s celebration is themed ‘1Billion Tourists, 1Billion Opportunities’ aimed to foster awareness of the importance of tourism and its contribution to social, cultural, political and economic value. The global World Tourism Day 2015 celebration will take place in Burkina Faso, West Africa.
Adding colours to the World Tourism Day 2015 celebration, Ministry of Tourism and Culture Malaysia through Malaysia Tourism Centre (MaTiC) is organising #Kolektif1 which is a photography exhibition consists of a total of 78 beautiful pictures taken by 28 professional local photographers starting from 26 September until 30 October 2015.
Monday, September 7, 2015
MaTiC.FM Sumber Info Pelancongan & Kebudayaan
Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia
di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bagi menyemarakkan lagi sektor
Pelancongan dan Kebudayaan negara. Usahasama strategik Kementerian
Pelancongan & Kebudayaan Malaysia, Persatuan Penulis Pelancongan Malaysia dan
Twin Holding Sdn Bhd ini merupakan salah satu usaha murni menerusi inisiatif
NBOS sekali gus menjayakan Plan Transformasi Pelancongan Malaysia (MTTP).
Jalinan kerjasama ini dilihat amat signifikan dengan hala tuju Kerajaan dengan
melaksanakan projek yang berimpak tinggi, kos yang minimum dan dalam masa yang
sama MaTiC.fm ini dapat dilaksanakan dengan segera.
Radio yang berteraskan informasi pelancongan dan kebudayaan ini menggunakan
teknologi internet protocol (IP Radio) dan boleh didengar dan ditonton di seluruh
dunia secara atas talian (Online) sama ada menerusi aplikasi mudah alih Tune In di
telefon pintar ataupun menerusi laman web www.matic.fm.
MaTiC.fm turut menampilkan gandingan para penyampai radio (Deejay)
berpengalaman dan muka baru. Antara penyampai radio yang terlibat dalam
menjayakan segmen-segmen di radio ini adalah Ritchie Rahman, Nizal Mohamad,
Aziz Desa, Brolan, Arie, Azz, Aishah, Cha Sulaiman, Lia Omey, Char-B, Helmi dan
Zam Mui.
Sesuai dengan konsep NBOS Voluntourism, semua penyampai radio MaTiC.fm
menjalankan tugas secara sukarela menerusi segmen masing-masing. Komitmen
dan semangat jitu yang diberikan oleh barisan penyampai radio ini merupakan satu
usaha murni dan tanggungjawab sosial yang dizahirkan bagi membantu memajukan
lagi industri pelancongan dan kebudayaan negara.
Radio MaTiC.fm akan bersiaran selama 24 jam dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa
Malaysia. Beberapa segmen berkaitan pelancongan dan kebudayaan juga turut
dipertaruhkan bagi menarik pendengar seperti Best Of Malaysia, Anjung Budaya, We
Are The Host, Sembang Santai, Citarasa Malaysia, Celebrity Escape dan banyak
lagi.
Kelahiran MaTiC.fm diharapkan dapat menjadi platform kepada semua penggiat
industri Pelancongan Dan kebudayaan negara bagi mempromosikan produk, acara
serta perkhidmatan dalam menyemarakkan pembangunan industri ini.
Wednesday, August 19, 2015
Situation Update of the Explosion Incident in Bangkok

The police have requested that locals and tourists exercise caution when out and about in Bangkok. The Royal Thai Police have increased their presence and put extra security in place at all of Bangkok’s key tourist areas in response to the incident. Citywide patrols are in place to ensure the safety of locals and visitors to the Thai capital.
Tel: +66 (0) 2250 5500 ext. 4545-48
Fax: +66 (0) 2253 7419
E-mail: prdiv3@tat.or.th
Website: www.tatnews.org
Facebook: TAT Newsroom
Twitter: TAT Newsroom
Monday, August 17, 2015
Jalan Jalan Kg Baru
Dekat Je, Jimat Belanja

Dalam kita sibuk mempromosikan pelbagai kempen pelancongan, kita berhadapan dengan cabaran isu yang lebih besar iaitu krisis matawang negara yang semakin merudum. Sehingga kini nilai ringgit jatuh ke paras terendah RM4 = USD 1. Kejatuhan nilai ringgit tentunya akan membuatkan kita resah. Mana tidaknya, jika kita merancang untuk bercuti ke luar negara, dengan nilai mata wang kita yang kecil mungkin menyebabkan percutian kita ke luar negara tidak berbaloi .
Namun kita tidak boleh jadikan alasan itu untuk tidak melancong. Jika tidak melancong ke luar negara, kita masih boleh melancong di dalam negara. Tanpa perlu menukar wang ringgit kita kepada matawang asing, kita masih boleh melancong di dalam negara ke destinasi yang mempesonakan dan yang paling penting menjimatkan belanja.
Percutian domestik sebenarnya menawarkan pelbagai pilihan mengikut kesesuaian bajet, sama ada mahu menginap lama di bandar raya besar atau percutian singkat di bandar-bandar berdekatan, pengembaraan gastronomi merentasi beberapa buah negeri, mahupun percutian di resort mewah yang dikelilingi hutan hujan yang menghijau.
Biasanya bila memikirkan tentang percutian domestik, ia biasanya melibatkan perjalanan balik ke kampung semasa musim perayaan mahupun cuti sekolah. Namun ramai yang lupa bahawa ada banyak tempat yang boleh dilawati pada hujung minggu, tanpa perlu mengambil cuti panjang. Sebab itu kempen Dekat Je begitu sinonim dengan inisiatif kerajaan dalam memupuk budaya bercuti secara terancang di dalam negara. Namun dalam konteks pelancongan, kita tidak ‘dinamakan’ pelancong jika kita tidak bermalam atau menginap di lokasi percutian yang kita kunjungi itu. Cubalah untuk bermalam di hotel, resort, rumah rehat mahupun homestay bagi melengkapkan percutian kita itu walaupun destinasi yang kita tujui itu ‘dekat je’.
Sesungguhnya evolusi gaya hidup dan kesibukan kerja menjadikan masa itu amat berharga. Justeru adalah amat penting untuk kita meluangkan masa bersama keluarga dengan aktiviti pelancongan hujung minggu, serta gunakanlah waktu berkualiti itu untuk menghayati keindahan destinasi pelancongan yang ada di negara kita. Tidak perlu pergi jauh dan berbelanja besar, semuanya ‘ dekat je , jimat belanja dan ekonomi negara sejahtera’.
Friday, August 14, 2015
Jejak Bumi Taiwan
Santai Travel mengembara ke bumi Taiwan untuk melihat beberapa destinasi pelancongan menarik boleh anda lawati. Penerbangan pergi dan balik ke Taiwan yang memakan masa kira-kira empat jam sehala dengan pesawat AirAsia X ini sememangnya berbaloi lebih-lebih lagi atas jemputan syarikat penerbangan tambang murah terkemuka rantau ini.
Thursday, August 13, 2015
Erti Sebuah Kemerdekaan...

Wednesday, August 12, 2015
Ekspresi Festival Topeng


Monday, July 20, 2015
Monday, July 13, 2015
Wednesday, July 1, 2015
Terima Kasih Malaysia ...
Terima Kasih Malaysia..
Kiniku nikmati kehidupan yang selesa
Dibentuk oleh mereka yang penyayang
Hari silih ganti kami maju ke hadapan
tak kira apa jua halangan
Terima kasih ku ucapkan padamu
Atas nikmat yang diberi padaku
Terima kasih ku ucapkan padamu
Kerna aman sentosa selalu
Kita dididik serta dipimpin
Agar kita semua tidak keciciran
Kita terus berusaha sedaya upaya
Agar menjadi insan yang berguna
Tuesday, June 30, 2015
Malam Industri Pelancongan Majlis Pelancongan Malaysia
Bagi memastikan industri pelancongan terus relevan dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara, penggiat industri pelancongan disaran untuk meningkatkan tahap perkhidmatan sekali gus memberikan pengalaman terbaik kepada pelancong.
Menyedari sektor berpotensi ini perlu dipergiatkan lagi dan diberi nafas baru, Majlis Pelancongan Kebangsaan Malaysia mengadakan satu majlis Malam Industri Pelancongan. Pada majlis tersebut Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah mengumumkan penjenamaan semula NTCM yang kini dikenali sebagai Majlis Pelancongan Malaysia (MyTC).
Perdana Menteri turut percaya penjenamaan semula NTCM ini akan memberikan nafas baru kehidupan dan motivasi untuk semua pihak yang terlibat untuk terus memastikan kejayaan industri pelancongan negara. Beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM1juta kepada MyTC
Semarak Ramadan Di IFTAR @KL
IFTAR @ KL yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) ternyata menghidupkan semula kemeriahan majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur. Kehadiran lebih 5000 orang pengunjung pada setiap hujung minggu membuktikan majlis ini kian diminati ramai tidak kira masyarakat tempatan mahupun pelancong asing
Menurut Cawangan Komunikasi Korporat JKKN, IFTAR@KL diadakan bagi menjadikan bulan Ramadan sebagai satu bulan untuk membudayakan kegiatan kerohanian dan kesenian Islam, di samping memupuk nilai-nilai murni menerusi penganjuran aktiviti.
“Iftar@KL 2015 akan berlangsung pada setiap hujung minggu iaitu pada 20, 21, 27, 28 Jun & 4, 5, 11, 12 Julai 2015 (setiap Sabtu dan Ahad) di Dataran Merdeka, Jalan Raja, Kuala Lumpur (berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad).
Pesona Cherating
Cherating Pahang merupakan satu destinasi pelancongan yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik. Menyaksikan permainan gasing tradisional, melihat penyu dan tinggal di resort eksklusif adalah antara agenda yang boleh anda saksikan di sini...
Credit Song : Anywhere Is (Remastered) (Single Edit) - Enya
Jom Sertai Peraduan Online #beautifulMalaysia

Berlangsung selama lebih dua bulan dari hari ini hingga 31 Ogos, kedua-dua acara jualan kali ini digegarkan dengan kemeriahan penganjuran bazar Ramadan di seluruh negara yang menyemarakkan lagi suasana membeli-belah. Bazar-bazar terbuka dan pusat-pusat beli-belah turut menghangatkan lagi suasana dengan pelbagai tawaran untuk sambutan Hari Raya yang akan datang serta cuti umum Hari Merdeka.
Peraduan yang terbuka kepada peserta dari seluruh dunia ini memerlukan mereka untuk mengemukakan gambar yang memaparkan keindahan Malaysia dalam empat kategori, iaitu tempat-tempat menarik, sambutan perayaan, makanan dan membeli-belah. Gambar boleh dimuat naik ke Instagram menggunakan
hashtag #beautifulMalaysia atau terus ke laman web kempen peraduan www.tourism.gov.my/beautifulMalaysia.
Thursday, June 18, 2015
Kuantan 160 Semakin Hebat
kilometer. Ini merupakan kali keempat acara ini dianjurkan dan tahun ini acara
berbasikal ini diadakan bersempena Tahun Festival Malaysia 2015 (MyFest).
Konsepnya masih sama iaitu “From Cyclist,
For Cyclist”. Kuantan 160 menyaksikan pertambahan bilangan peserta yang
cukup drastik di mana pada tahun pertama hanya 850 orang peserta, 1500 peserta
pada 2013 dan 1900 peserta pada 2014. Kemeriahan di Kuantan sudah dapat dilihat
seawal Sabtu, 6 Jun 2015 sehari sebelum acara berlangsung. Penuh di Kuantan
dengan kenderaan-kenderaan yang membawa basikal. Ada yang tergantung di
belakang bonet malah ada yang terletak kemas di atas bumbung!
Wednesday, June 17, 2015
Kembalikan Semangat Kinabalu
Barangkali kita boleh gunakan idea atau pendekatan tersebut secara bijaksana bagi mengembalikan semula kegemilangan negeri Sabah sebagai destinasi utama pilihan pelancong. Untuk itu marilah kita sama-sama berdoa agar industri pelancongan di Sabah pulih sepenuhnya sekali gus membawa rahmat kepada seluruh rakyat insha Allah.