Tuesday, October 13, 2015

MATIC STREET ARTS FESTIVAL 2015







MATIC STREET
ARTS FESTIVAL 2015


Bulan  November ini merupakan momen yang
ditunggu-tunggu oleh semua artis serta orang ramai yang terlibat dalam
memeriahkan MaTiC Street Arts Festival (MSAF) yang akan di adakan di Lanai,
MaTiC. Festival Seni Jalanan ataupun dikenali sebagai Street Arts Festival
bukanlah suatu yang asing di mata dunia. Beberapa negara lain juga telah lama
mengadakan program seperti ini dan ternya ia dilihat sebagai salah satu usaha
baik dalam memperkasakan sektor pelancongan negara.

         Kemeriahan festival yang akan
berlansung pada 7-8 November 2015  ini
turut didorang oleh kreativiti pemilik gerai dalam memasarkan barang serta
produk masing-masing.  MSAF ini telah
dirangka dengan pelbagai jenis aktiviti menarik khas buat pengunjung yang hadir
seperti Konsert; Kartun dan Komik; Persembahan dan Pertandingan Buskers dan
Band Indie; Mural dan Graffiti; Barber dan Pakaian; Perhimpunan ‘Bikers’ dan
Trak Makanan. Beberapa barisan artis terkenal tanah air akan memeriahkan lagi
kehangatan festival ini.

         Festival seperti ini antara lain
adalah bertujuan untuk mengetengahkan keunikan seni dan budaya masyarakat
Malaysia khusunya masyarakat bandar/ urban yang merupakan salah satu trend
hidup terkini. Impak yang mampu diberikan dari festival seperti ini sangat kuat
dalam kalangan penggiat mahupun peminat seni itu sendiri.

         Ini kerana ia juga boleh menjadi salah
satu platform untuk menyerlahkan bakat para seniman, artis, karyawan untuk
memberi ruang agar mereka dapat mempertontonkan hasil karya mereka kepada orang
ramai. Di samping itu, festival seperti ini juga dapat membina dan membuka
peluang pekerjaaan kepada usahawan dalam industri kreatif  serta makanan.

Penganjuran
festival seperti ini juga secara tidak langsung dapat mempromosikan Pusat
Pelancongan Malaysia (MaTiC) sebagai salah satu ikon dan pusat informaasi
pelancogan dan kebudayaan negara. Menggunakan konsep ‘Family Fun’, festival
seni jalanan ini pasti akan ‘memukau’ perhatian anda! Jom sama-sama kita
meriahkan MSAF pada 7-8 November 2015 ini!

No comments:

Post a Comment