Thursday, October 22, 2015

Matic Street Arts Festival 2015



Bulan  November ini merupakan nomen yang ditunggu-tunggu oleh semua artis serta orang ramai yang terlibat dalam memeriahkan MaTiCStreet Arts Festival (MSAF) yang akan di adakan di Lanai, MaTiCFestival Seni Jalanan atau pun dikenali sebagai street Arts Festival bukanlah suatu yang asing di matadunia. Beberapa negara lain juga telah lama mengadakan program seperti ini dan ternya ia dilihat sebagai salah satu usaha baik dalam memperkasakan sektor pelancongan negara

        Kemeriahan festival yang akan berlansung pada 7-8 November 2015 ini turut didorong oleh kreativiti pemilik gerai dalam memasarkan barang serta produk masing-masing.  MSAF ini telah dirangka dengan pelbagai jenis aktiviti menarik khas buat pengunjung yang hadir seperti konsertKartun dan KomikPersembahan dan pertandingan Buskers dan Band Indie; Mural dan Graffiti; Barber dan PakaianPerhimpunan ‘Bikers’ dan TrakMakananBeberapa barisan artis terkenal tanah air akanmemeriahkan lagi kehangatan festival ini.

        Festival seperti ini antara lain adalah bertujuan untukmengetengahkan keunikan seni dan budaya masyarakat malaysia khusunya masyarakat bandar/ urban yang merupakan salah satu trend hidup terkini. Impak yang mampu diberikan dari festival seperti ini sangat kuatdalam kalangan penggiat mahupun peminat seni itusendiri.

        Ini kerana ia juga boleh menjadi salah satu platform untuk menyerlahkan bakat para senimanartiskaryawanuntuk memberi ruang agar mereka dapatmempertontonkan hasil karya mereka kepada orang ramai. Di samping itu, festival seperti ini juga dapatmembina dan membuka peluang pekerjaaan kepada usahawan dalam industri kreatif  serta makanan

Penganjuran festival seperti ini juga secara tidak langsung dapat mempromosikan Pusat PelanconganMalaysia (MaTiCsebagai salah satu ikon dan pusatinformaasi pelancogan dan kebudayaan negara.Menggunakan konsep ‘Family Fun’, festival seni jalanan ini pasti akan ‘memukau’ perhatian andaJom sama-sama kita meriahkan MSAF pada 7-8 November 2015 ini!

Tuesday, October 13, 2015

MATIC STREET ARTS FESTIVAL 2015







MATIC STREET
ARTS FESTIVAL 2015


Bulan  November ini merupakan momen yang
ditunggu-tunggu oleh semua artis serta orang ramai yang terlibat dalam
memeriahkan MaTiC Street Arts Festival (MSAF) yang akan di adakan di Lanai,
MaTiC. Festival Seni Jalanan ataupun dikenali sebagai Street Arts Festival
bukanlah suatu yang asing di mata dunia. Beberapa negara lain juga telah lama
mengadakan program seperti ini dan ternya ia dilihat sebagai salah satu usaha
baik dalam memperkasakan sektor pelancongan negara.

         Kemeriahan festival yang akan
berlansung pada 7-8 November 2015  ini
turut didorang oleh kreativiti pemilik gerai dalam memasarkan barang serta
produk masing-masing.  MSAF ini telah
dirangka dengan pelbagai jenis aktiviti menarik khas buat pengunjung yang hadir
seperti Konsert; Kartun dan Komik; Persembahan dan Pertandingan Buskers dan
Band Indie; Mural dan Graffiti; Barber dan Pakaian; Perhimpunan ‘Bikers’ dan
Trak Makanan. Beberapa barisan artis terkenal tanah air akan memeriahkan lagi
kehangatan festival ini.

         Festival seperti ini antara lain
adalah bertujuan untuk mengetengahkan keunikan seni dan budaya masyarakat
Malaysia khusunya masyarakat bandar/ urban yang merupakan salah satu trend
hidup terkini. Impak yang mampu diberikan dari festival seperti ini sangat kuat
dalam kalangan penggiat mahupun peminat seni itu sendiri.

         Ini kerana ia juga boleh menjadi salah
satu platform untuk menyerlahkan bakat para seniman, artis, karyawan untuk
memberi ruang agar mereka dapat mempertontonkan hasil karya mereka kepada orang
ramai. Di samping itu, festival seperti ini juga dapat membina dan membuka
peluang pekerjaaan kepada usahawan dalam industri kreatif  serta makanan.

Penganjuran
festival seperti ini juga secara tidak langsung dapat mempromosikan Pusat
Pelancongan Malaysia (MaTiC) sebagai salah satu ikon dan pusat informaasi
pelancogan dan kebudayaan negara. Menggunakan konsep ‘Family Fun’, festival
seni jalanan ini pasti akan ‘memukau’ perhatian anda! Jom sama-sama kita
meriahkan MSAF pada 7-8 November 2015 ini!

Tuesday, October 6, 2015

Pameran Fotografi #Kolektif1 Sempena Hari Pelancongan Sedunia 2015

Matic Anjur  Pameran Fotografi #Kolektif1 Sempena Hari Pelancongan Sedunia 2015
Sejumlah 78 karya dan hasil foto dari pelbagai tempat pelancongan di seluruh dunia telah dipamerkan menerusi Pameran Fotografi #Kolektif1 dan Pelancaran Bas Hop on Hop off (HOHO) World Tourism Day 2015. Pameran ini bermula pada 3 September hingga 30 Oktober 2015 di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC).
Pameran Fotografi #Kolektif1 yang dirasmikan oleh YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia ini merupakan kerjasama strategik di antara Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) melalui Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) dan En. Yaman Ibrahim yang merupakan jurugambar profesional terkemuka di Malaysia bersama 28 orang lagi jurugambar profesional tanah air dan juga yang didatangkan khas dari Brunei.
Menurut YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, dalam ucapannya, "kerjasama strategik yang positif menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) sebegini bukan sahaja dapat menyumbang ke arah kelestarian dan merancakkan lagi industri pelancongan negara bahkan  menghasilkan program yang berimpak tinggi, kos yang rendah serta dapat dilaksanakan segera".
Bertemakan '1Bilion Pelancong, 1Bilion Peluang', sambutan Hari Pelancongan Sedunia bermatlamat untuk meraikan sumbangan dan kepentingan pelancongan dalam menjana ekonomi serta membentuk dan mempengaruhi nilai-nilai sosial dan budaya.
Selain memaparkan keunikan dan kesenian dalam konteks budaya dan gaya hidup, sesungguhnya Pameran Fotografi #Kolektif1 ini diharap mampu memberi pengetahuan dan kefahaman kepada masyarakat lebih-lebih lagi generasi muda di luar sana tentang aspek-aspek penting dalam menghasilkan fotografi pelancongan yang berkualiti dan berkredibiliti.