Tuesday, June 30, 2015

Jom Sertai Peraduan Online #beautifulMalaysia

Bersempena dengan  Karnival Jualan Mega 1Malaysia dan Jualan Bersepadu 1Malaysia, Tourism Malaysia akan menganjurkan Peraduan Online #beautifulMalaysia yang menawarkan hadiah mingguan selama lebih 12 minggu dari 15 Jun hingga 20 September. Satu hadiah utama dan tiga hadiah saguhati boleh dimenangi setiap minggu. Hadiah-hadiah utama termasuk GoPro Hero 4, iPad Air 2, Canon EOS 100D dan OPPO Find 5. –– kembali lagi dengan tawaran hebat, harga runtuh dan pelbagai aktiviti promosi menarik yang dianjurkan oleh pusat-pusat beli-belah, dan rangkaian kedai-kedai dan perdagangan yang mengambil bahagian di seluruh Malaysia.
Berlangsung selama lebih dua bulan dari hari ini hingga 31 Ogos, kedua-dua acara jualan kali ini digegarkan dengan kemeriahan penganjuran bazar Ramadan di seluruh negara yang menyemarakkan lagi suasana membeli-belah. Bazar-bazar terbuka dan pusat-pusat beli-belah turut menghangatkan lagi suasana dengan pelbagai tawaran untuk sambutan Hari Raya yang akan datang serta cuti umum Hari Merdeka.
Peraduan yang terbuka kepada peserta dari seluruh dunia ini memerlukan mereka untuk mengemukakan gambar yang memaparkan keindahan Malaysia dalam empat kategori, iaitu tempat-tempat menarik, sambutan perayaan, makanan dan membeli-belah. Gambar boleh dimuat naik ke Instagram menggunakan
hashtag #beautifulMalaysia atau terus ke laman web kempen peraduan www.tourism.gov.my/beautifulMalaysia.
 

No comments:

Post a Comment