Friday, March 27, 2015

Kesan GST terhadap pelancongan domestik






Apakah kesan GST kepada sektor pelancongan Negara? Adakah ia memberikan kesan positif atau sebaliknya? Ikuti kupasan ringkas isu ini dengan menyaksikan video ini...

Wednesday, March 25, 2015

Putrajaya Bridge Ride 2015



Putrajaya Bridge Ride 2015 merupakan program anjuran Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia W.P Kuala Lumpur/Putrajaya dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya. Acara ini merupakan acara berbasikal berbentuk fun ride yang menggabungkan elemen sukan, pelancongan, kebudayaan dan komuniti bersempena Malaysia Year Of  Festival 2015 (MyFest 2015).
Acara kayuhan yang pertama kali diadakan ini seumpama memberi peluang kepada peserta untuk menikmati keindahan Putrajaya pada waktu malam. Selain kayuhan malam, acara ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sampingan termasuk promosi dan jualan, demonstrasi, persembahan muzik dan cabutan bertuah

Thursday, March 19, 2015

Syurga Gastronomi Kuala Lumpur











Kuala Lumpur bukan sahaja menawarkan
pengalaman membeli-belah malah kota metropolitan ini juga merupakan hub
gastronomi atau lokasi menjamu selera yang terbaik di Malaysia. Daripada
lambakan restoran mewah, kafe mahupun gerai-gerai makanan tepi jalan, semuanya
ada di Kuala Lumpur.

Wednesday, March 18, 2015

Wawancara Eksklusif Bersama Tun Mahathir Mohamad






Putrajaya sememangnya begitu sinonim dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menjadi pencetus inspirasi Putrajaya.
Saya berkesempatan menemubual secara eksklusif bersama Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi merungkai pandangan beliau tentang Putrajaya.

Tuesday, March 10, 2015

NTCM Memperkasa Pelancongan Negara

Barisan kepimpinan baharu National Tourism Council Malaysia (NTCM)

Bagi membantu melonjakkan industri Pelancongan negara National Tourism Council Malaysia (NTCM) akan melancarkan beberapa inisiatif yang baharu. Menerusi barisan kepemimpinan bagi sessi 2015/17 yang baru dilantik, usaha ini diharapkan dapat memperkasakan lagi sektor pelancongan negara.
 
Menurut Dato' Seri Mohd Sharkar Shamsudin, Presiden NTCM, meskipun pada tahun 2014, Malaysia di landa dengan beberapa peristiwa yang boleh menggugat pertumbuhan industri pelancongan,  namun dengan kepemimpinan Menteri Pelancongan , Dato Seri Nazri Aziz Abd Aziz yang tampak begitu agresif “mempromosi” produk pelancongan negara kepada dunia dan di sokong pula oleh iltizam pemain industri yang tidak pernah mengalah dengan cabaran semasa, NTCM yakin industri ini akan terus berkembang pada kadar yang baik.
 
"Hal ini terbukti apabila kemasukan pelancong dari China pada tahun 2014 telah  kembali meningkat sebanyak 5.9%  meskipun China  merupakan negara yang terjejas langsung dengan peristiwa MH 370. Perangkaan juga menunjukkan bahawa sejak Januari hingga Oktober  2014, kita telah mencapai pertambahan kemasukan pelancong sebanyak 9.6%  ia itu sebanyak 22.9 juta  berbanding dengan 20.9 juta bagi tempoh sama tahun 2013," jelas Dato' Seri Mohd Sharkar.
 
Menurutnya lagi perkembangan positif Ini juga jelas membuktikan bahawa industri pelancongan Negara kita tetap berkembang dan maju ke hadapan meskipun terdapat beberapa peristiwa malang yang ditakdirkan ke atas kita. Kejayaan ini juga adalah berkat kebijaksanaan kepimpinan Menteri dan pegawai-pegawai di Kementerian yang sentiasa berusaha mencari jalan baru dan terbaik dalam memajukan industri pelancongan Negara.
 
Tambahnya lagi Inisiatif pengecualian Fee Visa  kepada pelancong China dan pemberian Visa on Arrival kepada pelancong China yang memasuki Malaysia melalui Singapura adalah antara inisiatif yang sangat membantu. 
"NTCM ingin mencadangkan supaya inisiatif pengecualian fee ini dipanjangkan kepada pelancong dari Negara  lain yang berpotensi seperti  India dan Negara Timur Tengah. Kepemimpinan NTCM juga telah merangka dan akan segera melancarkan inisiatif tersendiri bagi menyokong usaha-usaha memacu pertumbuhan industri  Pelancongan Negara," kata Dato' Seri Mohd Sharkar.

Antara inisiatif yang akan dijalankan oleh NTCM :
 
1. Memperkasa program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dalam industri Pelancongan Negara dan Global.  NTCM akan berganding bahu dengan pihak-pihak berkaitan untuk melaksana program R&D bagi menghasilkan produk-produk  baru pelancongan yang inovatif dan menarik, serta mencari pendekatan baru dalam perkhidmatan dan pemasaran di peringkat domestic dan global. Untuk itu NTC akan segera menubuh dan menggerakkan sebuah pusat Penyelidikan sendiri.
 
2. Memperkasa program latihan dan latihan semula (re training) tenaga kerja di sektor pelancongan Negara dari peringkat pengurusan tertinggi, peringkat barisan hadapan dan juga  hingga peringkat bawahan (sokongan), bagi melahirkan tenaga kerja yang  mencukupi dan mempunyai tahap kemahiran yang tinggi.  Untuk itu NTCM juga akan menubuh dan menggerakkan sebuah Akademi Latihan sendiri  untuk melatih tenaga kerja tersebut.  Kita juga akan membantu kerajaan untuk menghasilkan lebih banyak modul latihan yang piawai (berdasarkan NOSS – National Occupational Skills Standard) di bidang perkhidmatan pelancongan dan hospitality.
 
3. Memperkasa program Pembangunan Usahawan Pelancongan bagi menambah lagi jumlah pemain industri pelancongan Negara yang lebih berkualiti dengan tumpuan kepada melatih para siswazah untuk menceburi bisnes di sektor pelancongan.  Program ini juga akan dilaksanakan melalui Akademi yang akan ditubuhkan dan dengan kerjasama beberapa institusi latihan keusahawanan
 
4. Memayungi dan Memobilisasi ahli gabungan untuk bekerjasama dengan semua pihak yang berkaitan dengan pelancongan melalui  pendekatan baru yang lebih harmonis dan produktif -  NTCM sebagai sebuah badan gabungan kepada seluruh pertubuhan yang mewakili pemain dan penggiat di sektor Pelancongan Negara,  yang ditubuhkan sejak tahun 1986 (hampir 30 tahun lalu) juga akan terus menggalakkan kerjasama antara ahli gabungan dan dengan semua pertubuhan yang mewakili pemain dan penggiat di sektor pelancongan.
 

 Dato' Seri Mohd Sharkar Shamsudin, Presiden NTCM
Menurutnya lagi Kepemimpinan NTCM yang baru bukan sekadar akan menjadi jambatan penghubung antara pemain industri dengan kerajaan, malah akan menjadi  “sahabat industri” kepada semua pihak  termasuk semua jabatan serta agensi kerajaan yang terlibat dalam industri pelancongan samada secara langsung atau tidak langsung (seperti  Kementerian Pertanian, Alam Sekitar dan sebagainya) dan juga dengan seluruh pemain dalam industri ini.
 
"Melalui pendekatan ini kita akan lebih banyak mengadakan perundingan dan perbincangan dengan pihak-pihak terlibat bagi mencari penyelesaian kepada  masalah serta merumus formula baru ke arah memajukan industri ini serta menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan terulung di dunia," katanya ketika majlis bertemu media yang diadakan di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur baru-baru Ini.
 

Saturday, March 7, 2015

Demonstrasi Jalanan Gugat Industri Pelancongan

Tindakan segelintir pihak yang  mengadakan demonstrasi jalanan perhimpunan #KitaLawan baru-baru ini dilihat sebagai satu usaha yang bakal mengundang kehancuran kepada industri pelancongan negara.  

Dalam konteks pelancongan faktor kestabilan politik dan ekonomi negara banyak mempengaruhi perkembangan industri pelancongan negara. Demonstrasi jalanan seumpama ini dilihat bakal memberikan implikasi negatif terhadap Industri  pelancongan sekali gus membantutkan perkembagan sektor pelancongan
Rentetan daripada demonstrasi jalanan BERSIH  yang diadakan  di ibu negara Kuala Lumpur sekitar tahun 2007  dan 2010 bukan sahaja memberikan implikasi negatif terhadap imej negara malah turut menarik kemajuan industri pelancongan ke kancah kehancuran.
Untuk rekod pada tahun 2010, negara mencatatkan kehadiran pelancong sebanyak 24.6 juta dengan jumlah pendapatan sebanyak RM56.6 bilion. Namun menurut sumber daripada Kementerian Pelancongan sasaran untuk mendapatkan kehadiran pelancong sebanyak 25 juta tidak dapat dicapai pada tahun 2011.  Situasi tersebut membuatkan pihak kementerian terbabit terpaksa mengkaji semula sasaran kehadiran pelancong pada tahun tersebut.
Penurunan bilangan pelancong pada tahun 2011 khususnya pada bulan Julai 2010 dipercayai disebabkan oleh penganjuran Demonstrasi BERSIH 2.0 yang di adakan di Kuala Lumpur pada tahun tersebut.
Kerajaan membelanjakan berjuta-juta ringgit dalam usaha menarik kunjungan pelancong asing ke negara ini menerusi kempen besar-besaran. Hasil daripada pelaburan yang besar ini, kesan kejayaan industri pelancongan negara dapat dinikmati bukan sahaja oleh mereka yang terlibat secara langsung dengan sektor pelancongan tetapi semua peringkat masyarakat. Peniaga kecil, pengusaha gerai makan, pemandu teksi dan ramai lagi ‘orang kita’ mendapat percikan nikmat daripada  limpahan pelancong asing yang datang ke negara kita. Tetapi jika kekacauan seperti demonstrasi jalanan ini masih terus menjadi budaya dalam negara kita, janganlah kita mengharapkan pelancong asing akan datang berduyun-duyun ke negara kita. Usahlah kita angankan pelancong asing akan datang melancong dan berbelanja di negara kita.
Kita sepatutnya mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di negara jiran seperti demonstrasi yang berlaku di Bangkok tidak berapa lama dahulu. Kesan daripada demonstrasi tersebut telah menjejaskan sektor pelancongan di Thailand dan menjadi pengalaman paling buruk kepada industri pelancongan di rantau ini.
Secara logiknya pelancong akan memilih destinasi pelancongan yang selamat untuk dilawati. Dalam merancang percutian kita tidak boleh berkompromi dengan faktor keselamatan. Rata-rata meletakkan faktor keselamatan sebagai faktor utama dalam memilih destinasi percutian mereka.
Jangan tunggu pelancong asing datang berduyun-duyun lagi ke negara kita buat masa ini  sekiranya  demonstrasi  ini tetap diadakan. Saya percaya  kesan demonstrasi jalanan tersebut sukar untuk dipadamkan mungkin untuk tempoh 6 bulan hingga 1 tahun lagi. Dalam tempoh tersebut banyak pihak yang akan ‘sengsara’ khususnya buat mereka yang terlibat secara langsung dalam sektor pelancongan. Lebih-lebih lagi dengan liputan agensi-agensi berita asing yang ‘tanpa jemu’ menyajikan berita-berita ‘panas’ demonstrasi jalanan di Malaysia kepada seluruh masyarakat dunia, nama baik negara tentunya akan terjejas.
Justeru Saya mengutuk sekeras-kerasnya sebarang  pengajuran demonstrasi ini dan menyeru semua pihak menghalang penganjuran aktiviti seumpama ini. Hentikan demonstrasi jalanan! Hentikan keganasan yang banyak mengundang kesan jangka panjang yang negatif terhadap industri pelancongan negara. Marilah kita bertindak secara bijak dan janganlah mengikut perasaan. Industri pelancongan bukan milik sesetengah pihak dan parti politik tertentu sahaja. Ia milik semua masyarakat Malaysia. Dalam konteks pelancongan kita harus bersatu hati dalam menjayakan aspirasi bersama tanpa mengira latar belakang parti politik. Kita semua adalah aset pelancongan yang cukup berharga.Keamanan, kedamaian dan keharmonian masyarakatnya adalah aset pelancongan negara yang paling penting.

Monday, March 2, 2015

Mek Mulung.. Usaha JKKN Martabatkan Teater Tradisional Negara



Mek Mulung Putera Cahaya
Bulan mengisahkan Putera Cahaya Bulan, Raja Negeri Selindungan Bulan yang
mendapat firasat bahawa permaisuri baginda Puteri Nang Mara atau Mek Senik yang
rupawan dan mempunyai kesaktian akan dilarikan oleh Raja Gergasi yang memerintah
Benua Pakkian.