Tuesday, June 30, 2015

Malam Industri Pelancongan Majlis Pelancongan Malaysia





Bagi memastikan industri pelancongan terus relevan dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara, penggiat industri pelancongan disaran untuk meningkatkan tahap perkhidmatan sekali gus memberikan pengalaman terbaik kepada pelancong.
Menyedari sektor berpotensi ini perlu dipergiatkan lagi dan diberi nafas baru, Majlis Pelancongan Kebangsaan Malaysia mengadakan satu majlis Malam Industri Pelancongan. Pada majlis tersebut Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah mengumumkan penjenamaan semula NTCM yang kini dikenali sebagai Majlis Pelancongan Malaysia (MyTC).
Perdana Menteri turut percaya  penjenamaan semula NTCM ini akan memberikan nafas baru kehidupan dan motivasi untuk semua pihak yang terlibat untuk terus memastikan kejayaan industri pelancongan negara. Beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM1juta kepada MyTC

Semarak Ramadan Di IFTAR @KL





IFTAR @ KL yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) ternyata menghidupkan semula kemeriahan majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur. Kehadiran lebih 5000 orang pengunjung pada setiap hujung minggu membuktikan majlis ini kian diminati ramai tidak kira masyarakat tempatan mahupun pelancong asing

Menurut Cawangan Komunikasi Korporat JKKN,  IFTAR@KL diadakan bagi menjadikan bulan Ramadan sebagai satu bulan untuk membudayakan kegiatan kerohanian dan kesenian Islam, di sam­ping memupuk nilai-nilai murni menerusi penganjuran aktiviti.

“Iftar@KL 2015 akan berlangsung pada setiap hujung minggu iaitu pada 20, 21, 27, 28 Jun & 4, 5, 11, 12 Julai 2015 (setiap Sabtu dan Ahad) di Dataran Merdeka, Jalan Raja, Kuala Lumpur (berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad).

Pesona Cherating





Cherating Pahang merupakan satu destinasi pelancongan yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik. Menyaksikan permainan gasing tradisional, melihat penyu dan tinggal di resort eksklusif adalah antara agenda yang boleh anda saksikan di sini...



Credit Song : Anywhere Is (Remastered) (Single Edit) - Enya

Jom Sertai Peraduan Online #beautifulMalaysia

Bersempena dengan  Karnival Jualan Mega 1Malaysia dan Jualan Bersepadu 1Malaysia, Tourism Malaysia akan menganjurkan Peraduan Online #beautifulMalaysia yang menawarkan hadiah mingguan selama lebih 12 minggu dari 15 Jun hingga 20 September. Satu hadiah utama dan tiga hadiah saguhati boleh dimenangi setiap minggu. Hadiah-hadiah utama termasuk GoPro Hero 4, iPad Air 2, Canon EOS 100D dan OPPO Find 5. –– kembali lagi dengan tawaran hebat, harga runtuh dan pelbagai aktiviti promosi menarik yang dianjurkan oleh pusat-pusat beli-belah, dan rangkaian kedai-kedai dan perdagangan yang mengambil bahagian di seluruh Malaysia.
Berlangsung selama lebih dua bulan dari hari ini hingga 31 Ogos, kedua-dua acara jualan kali ini digegarkan dengan kemeriahan penganjuran bazar Ramadan di seluruh negara yang menyemarakkan lagi suasana membeli-belah. Bazar-bazar terbuka dan pusat-pusat beli-belah turut menghangatkan lagi suasana dengan pelbagai tawaran untuk sambutan Hari Raya yang akan datang serta cuti umum Hari Merdeka.
Peraduan yang terbuka kepada peserta dari seluruh dunia ini memerlukan mereka untuk mengemukakan gambar yang memaparkan keindahan Malaysia dalam empat kategori, iaitu tempat-tempat menarik, sambutan perayaan, makanan dan membeli-belah. Gambar boleh dimuat naik ke Instagram menggunakan
hashtag #beautifulMalaysia atau terus ke laman web kempen peraduan www.tourism.gov.my/beautifulMalaysia.
 

Thursday, June 18, 2015

Kuantan 160 Semakin Hebat









Kuantan 160 merupakan acara kayuhan berbasikal sejauh 160
kilometer. Ini merupakan kali keempat acara ini dianjurkan dan tahun ini acara
berbasikal ini diadakan bersempena Tahun Festival Malaysia 2015 (MyFest).
Konsepnya masih sama iaitu “From Cyclist,
For Cyclist
”. Kuantan 160 menyaksikan pertambahan bilangan peserta yang
cukup drastik di mana pada tahun pertama hanya 850 orang peserta, 1500 peserta
pada 2013 dan 1900 peserta pada 2014. Kemeriahan di Kuantan sudah dapat dilihat
seawal Sabtu, 6 Jun 2015 sehari sebelum acara berlangsung. Penuh di Kuantan
dengan kenderaan-kenderaan yang membawa basikal. Ada yang tergantung di
belakang bonet malah ada yang terletak kemas di atas bumbung!

Wednesday, June 17, 2015

Kembalikan Semangat Kinabalu

Prestasi sektor pelancongan negara semakin baik meskipun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran dan rintangan. Saya tertarik untuk berkongsi pandangan tentang cabaran demi cabaran yang menggugat industri pelancongan negara. Negeri Sabah umpamanya adalah antara negeri yang menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam sektor pelancongan. Kepelbagaian produk pelancongan berasaskan alam semula jadi menjadi tarikan utama pelancong ke negeri ini. Kemajuan industri pelancongan di negeri ini banyak memberi peluang pekerjaan sekali gus meningkatkan taraf hidup rakyatnya. Maka dengan itu sektor pelancongan membawa seribu rahmat buat warga Sabah secara keseluruhannya.
Namun beberapa episod duka yang melanda Sabah kebelakangan ini banyak menggugat industri pelancongan di negeri Sabah. Selepas beberapa siri kejadian culik dan serangan yang membabitkan pelancong di negeri ini, Sabah digegarkan pula dengan bencana gempa bumi yang turut mengorbankan beberapa pelancong di Gunung Kinabalu. Tragedi yang berlaku tanpa diduga itu umpama ‘bom atom’ yang meranapkan industri pelancongan di Sabah. Kerosakan teruk pada beberapa laluan dan kemudahan di Gunung Kinabalu memaksa pihak Kerajaan Negeri Sabah mengambil keputusan untuk menutup kawasan pelancongan itu untuk beberapa minggu.
Kesan gempa bumi itu bukan sahaja dapat dilihat secara fizikal dengan pelbagai kerosakan yang berlaku. Namun kesan gempa itu harus dilihat daripada segi mental dan emosi pelancong serta penduduk tempatan yang terlibat secara langsung dengan aktiviti pelancongan di kawasan tersebut. Kesan daripada segi fizikal mungkin kita mampu pulihkan pada jangka masa yang singkat, tetapi kesan mental mungkin akan mengambil masa yang panjang. Ketika ini kita sebenarnya berhadapan dengan krisis yang lebih mencabar iaitu bagaimana untuk memulihkan semula keyakinan pelancong untuk datang kembali ke negeri ini. Kita juga berhadapan dengan krisis bagaimana untuk memulihkan semula mental serta emosi penduduk Sabah di kawasan terjejas sekali gus memastikan industri pelancongan terus relevan di sini.
Saya percaya pihak kerajaan dan agensi yang bertanggungjawab mempunyai perancangannya yang tersendiri dalam mengurus krisis berkenaan. Tetapi dalam masa yang sama, kita sebagai rakyat biasa tidak harus berdiam diri. Kita harus sama-sama bangkit melakukan apa yang kita mampu untuk mengembalikan ‘semangatkepada industri pelancongan di Sabah.Selain membangunkan semula infrastruktur di kawasan pendekatan secara psikologi  harus diambil kira dalam usaha kita untuk memulihkan semula keyakinan pelancong untuk berkunjung ke negara ini.
Ada ketikanya kita harus belajar daripada negara jiran kita bagaimana mereka dapat menguruskan krisis dalam sektor pelancongan dengan baik. Saya kagum dengan negara Thailand yang mampu ‘pulihdengan cepat selepas Tsunami melanda pantai Phuket tidak lama dahulu. Tanpa berbelanja besar, mereka menggunakan pendekatan secara psikologi yang menyentuh emosi untuk memikat semula palancong datang ke Phuket. Dalam satu temubual dengan penduduk tempatan di Phuket, salah seorang dari mereka secara bersahaja berkata “Kami sudah cukup menderita akibat Tsunami, janganlah tambahkan lagi penderitaan kami dengan tidak datang ke sini (Phuket)”. Kata-kata ini mungkin nampak ringkas tetapi memberikan kesan yang cukup besar kepada memulihkan semula keyakinan pelancong untuk bercuti ke  negara terbabit. Memandangkan hampir keseluruhan penduduk di Phuket terlibat dalam industri pelancongan maka kehadiran pelancong amat penting bagi mereka untuk meneruskan kehidupan.
Barangkali kita boleh gunakan idea atau pendekatan tersebut secara bijaksana bagi mengembalikan semula kegemilangan negeri Sabah sebagai destinasi utama pilihan pelancong. Untuk itu marilah kita sama-sama berdoa agar industri pelancongan di Sabah pulih sepenuhnya sekali gus membawa rahmat kepada seluruh rakyat insha Allah.

Tourism Advisors of Malaysia

Tourism Malaysia has engaged a list of who’s who in various fields to help promote the country’s tourism and boost its arrivals and receipts. A High Tea Reception was organised yesterday at Carcosa Seri Negara to officially announce and present the credentials to the nine famous personalities who have been selected as Malaysia’s Tourism Advisors.


The Minister of Tourism and Culture Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz personally presented the certificate of appointment to entrepreneurs Tan Sri Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir and Datuk Jeffery Sandragesan, renowned shoes maestro Prof. Datuk Dr. Jimmy Choo OBE, famous 80’s singer Dato’ Sheikh Abdullah Ahmad (better known as Dato’ Shake), multi-award winning entertainer and entrepreneur Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin, famed chef Dato’ Hj Chef Ismail Ahmad, and diving ambassador and conservationist Clement Lee.

Malaysia’s Tourism Advisor also includes a Korean, Datuk Lee Jin Bok. A man of many hats, Datuk Lee can best be described as a bridge connecting South Korea and Malaysia.

The list also includes singer-songwriter Yunalis Mat Zara’ai (better known as Yuna), who was unable to attend the function.        

The Tourism Advisor Programme is an initiative by the Ministry of Tourism and Culture through Tourism Malaysia to engage prominent, well-established and influential Malaysians in various fields, either living abroad or in Malaysia, to promote the country among their circle of friends, fans, and network of contacts. 

Saturday, June 13, 2015

Pikat Pelancong Lawat Kampung Bharu

Industri pelancongan memerlukan penglibatan semua lapisan masyarakat. Menerusi program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS),usaha untuk meningkatkan kesedaran serta menggalakkan penglibatan masyarakat dalam pelbagai aktiviti sukarelawan berteraskan pelancongan dapat direalisasikan.
Bag​i memastikan impak positif  industri pelancongan dapat dimanfaatkan oleh seluruh masyarakat khususnya komuniti pelancongan, Pejabat Kementerian Pelancongan & Kebudayaan W/P Kuala Lumpur/ Putrajaya menganjurkan program Visit My Kampung @ Kampung Bharu. Menurut Zain Azrai Rashid, Pengarah Pejabat Kementerian Peancongan & Kebudayaan W.P Kuala Lumpur/Putrajaya, Program ini bertujuan menarik minat komuniti kampung seperti Kg Bharu ini untuk terlibat sama di dalam industri pelancongan dan kebudayaan Malaysia. 
Ini secara tidak langsung dapat memperkenalkan Kg Bharu sebagai destinasi pelancongan dan kebudayaan yang turut memberi impak kepada limpahan ekonomi kepada komuniti Kg Bharu. pelaksanaan program inibukan sahaja dapatmenyumbang ke arah kelestarian industri Pelancongan negaratetapi turut sama dapat merancakkan sektor pelancongan dan kebudayaan negarasekaligus meningkatkan pendapatan masyarakat dan negara" katanya.
Program yang melibatkan kerjasama Lembaga Pentadbiran Kg Bharu (MAS), Persatuan PenulisPelancongan Malaysia (TRAM), DewanBandaraya Kuala Lumpur, Masjid Jamek Kg Bharu dan Alam Flora turut melibatkan penyertaan sukarelawan Pelancongan (Voluntourism) yang terdiri daripada pelajar-pelajar Kolej & Universiti tempatan.
"​Saya melihat bahawa kerjasama di antara semua pihak di bawah inisiatif NBOS ini merupakan platform terbaik untuk mengembangkan lagi program ini pada masa hadapanDalam usaha untuk meningkatkan impak pelaksanaan program ini serta menggalakkan perkongsian sumber dan kepakaran, pihak Kementerian telah menjalinkan kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan lain termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pihak komuniti seperti MAS dan Masjid Kg Bahru, pihak swasta, persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi pendidikan serta pertubuhan belia," tambah Zain Azrai.
Majlis tersebut turut dimeriahkan lagi dengan aktiviti memasak dan mengedarkan bubur lambuk yang menjadi antara Sajian popular di Kampung Bharu khususnya menjelang bulan Ramadan.