Kemasukan pelancong dari negara-negara Eropah tidak terjejas berikutan tragedi pesawat Malaysia Airline MH17 terhempas di timur Ukraine. Menurut Menteri Pelancongan & Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Tourism Malaysia hari ini, pelancong dari Barat masih tertarik untuk ke Malaysia menggunakan penerbangan Malaysia Airline untuk cuti musim panas mereka.
Menurutnya lagi sehingga kini pihak Tourism Malaysia tidak menerima maklumat mengenai sebarang pembatalan segera pakej pelancongan, namun pihaknya sentiasa memantau rapi pasaran daripada Negara tersebut dan mengikuti perkembangan terkeni dari semasa ke semasa.
"Pelancong dari Eropah barat, barat Rusia, dan negara-negara Scandinavia dan Benelux, menggunakan sektor penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang juga merupakan perkongsian kod dengan KLM untuk melakukan perjalanan ke Asia Tenggara, Australia dan New Zealand ," kata Menteri Pelancongan & Kebudayaan.
Menurutnya lagi, ketika ini merupakan "waktu puncak" untuk pelancong-pelancong dari negar-negara barat menggunakan syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines bukan sahaja untuk bercuti ke Kuala Lumpur malah untuk tujuan transit ke destinas-destinasi lain di Asia Tenggara.
Beliau berkata Malaysia merekodkan jumlah kehadiran pelancong sebanyak 31,945 untuk tempoh empat bulan pertama tahun ini dengan peningkatan sebanyak 13.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Menurut sumber Tourism Malaysia, 427.995 pelancong ke Malaysia tahun lepas adalah daripada Eropah barat, dan daripada jumlah itu, 83955 adalah dari Belanda. Selain Eropah barat, Malaysia juga menerima 107.541 pelancong dari Eropah Timur, 548729 dari utara Eropah dan 109447 dari selatan Eropah tahun lepas.
Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga penumpang dan anak kapal Penerbangan MH17. Boeing 777 Pesawat yang membawa 298 orang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, telah terhempas di timur Ukraine yang dipercayai terkena tembakan peluru berpandu.
Monday, July 21, 2014
Friday, July 18, 2014
MH17 Kisah Apa Yang Tersirat?
Belum pun reda kisah kehilangan pesawat MH370, Negara dikejutkan lagi dengan tragedi MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di Ukraine.
Dalam situasi sekarang cuba elakkan membuat spekulasi.. Kenyataan bersifat sentiment akan merumitkan lagi keadaan. Seluruh Malaysia sedang bersedih sekarang. Kita sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab harus lebih prihatin dan bersimpati dengan nasib mangsa MH17. Soal siapa yang salah atau siapa yang betul tidak seharusnya disensasikan. Marilah kita sama sama berdoa agar segala permasalahan ini dapat diselesaikan dengan baik...
Walau bagaimana pun hidup harus diteruskan. Usah jadikan insiden tersebut menjadi hambatan kepada kita semua untuk terus mengharungi kehidupan yang kian mencabar. Dalam kontek pelancongan khususnya, insiden ini sudah cukup memberikan tamparan hebat kepada industri pelancongan. Ketika negara bersiap sedia menyambut kehadiran pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, insiden kehilangan pesawat MH370 dan MH17 ini harus ditangani secara bijaksana. Situasi ini tentunya mencetuskan kebimbangan dalam kalangan banyak pihak sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi negatif. Kebimbangan ini turut menarik perhatian Perdana Menteri dengan mengeluarkan kenyataan bahawasanya industri pelancongan negara tidak terjejas akibat insiden tersebut. Meskipun ada juga sesetengah pihak yang seperti tidak setuju dengan kenyataan tersebut, tetapi kita harus yakin bahawa setiap apa yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya.
Sesungguhnya ramai yang bersimpati dan saya juga turut bersimpati dengan 295 orang mangsa yang terdiri daripada penumpang dan anak kapal. Dalam masa yang sama kita juga turut bersimpati dengan nasib industri pelancongan negara yang mungkin akan kehilangan sasaran jumlah ketibaan pelancong yang disasarkan sebanyak 28 juta pada tahun 2014.
Tatkala pihak kerajaan dan seluruh dunia sibuk mencari jalan penyelesaian terhadap tragedi tersebut kita sebagai penggiat industri pelancongan harus juga lebih proaktif 'mencari' formula yang terbaik untuk memperkasakan lagi industri pelancongan kita.
Ada juga yang secara bersahaja menyatakan kepada saya bahawa insiden ini telah mempopularkan negara kita di seluruh dunia. Masyarakat dunia mula kenal Malaysia khususnya Malaysia Airlines. Memang benar negara kita kian dikenali ramai, tetapi sejauh manakah kita gunakan kesempatan ini untuk mempopularkan negara kita juga sebagai destinasi pelancongan utama pilihan pelancong dunia.
Saya berharap pihak yang berkaitan dengan industri pelancongan serta penggiat pelancongan yang bijak pandai dapat mewujudkan satu pelan tindakan pengurusan krisis yang lebih komprehensif agar dapat memastikan industri pelancongan negara akan terus subur meskipun diancam dengan pelbagai krisis.

Wednesday, July 2, 2014
Sudah Ke Belum?

Kehadiran Belum Rainforest Resort di Pulau
Banding ternyata mengubah landskap kawasan Hutan Hujan Tropika Royal Belum.
Resort eksklusif yang dibangunkan oleh
Kumpulan Emkay ini bagaikan pelengkap kepada eko sistem kawasan ini. Pelaburan
lebih RM100 juta oleh Kumpulan Emkay untuk membangunkan Belum Rainforest Resort
ini membuktikan kesungguhan dan semangat yang tinggi kerana pelaburannya untuk
memulangkan hasilnya kepada komuniti, negara dan yang lebih penting untuk
generasi akan datang.
Hutan
Hujan Belum-Temenggor yang berusia 130 juta tahun itu, lebih tua daripada Hutan
Amazon, terkenal dengan keunikan spesies biodiversitinya yang hampir pupus
selain banyak unsur perubatan dan nilai terapeutik berharga di dalam hutan itu.
Sebagaimana tradisi yang dijalankan oleh
Kumpulan Emkay, setiap projek yang dijalankan di sesebuah kawasan perlu
mengambil kira penglibatan masyarakat setempat. Begitulah prinsip yang dipegang
oleh Pengerusi Kumpulan Emkay, Tan Sri Dato' Seri Dr Mustapha Kamal dalam
setiap projek yang dijalankan sejak dahulu lagi. Justeru, kehadiran projek
Belum Rainforest Resort di Pulau Banding turut membawa limpahan rahmat buat
seluruh alam di Hulu Perak khususnya di Royal Belum.
“Adalah menjadi tradisi dimana sahaja,
Kumpulan Emkay membuat kerja, kita tidak mahu orang-orang sekelilingnya hanya
menjadi penonton. Kita mahu orang
sekeliling menyertai kami dengan peluang-peluang yang ada,” kata Tan Sri Mustapha Kamal.
Hutan Belum yang rata-ratanya dihuni oleh
masyarakat Orang Asli turut menerima percikan kenikmatan daripada kehadiran
Kumpulan Emkay di kawasan ini. Siapa sangka di dalam kawasan terpencil
perkampungan Orang Asli, wujud satu pusat pendidikan awal kanak-kanak dengan
sistem pembelajaran yang cukup komprehensif. Perpustakaan Permainan ( Toy
Library) satu projek tanggungjawab
sosial (CSR) yang dibangunkan oleh Yayasan Emkay merupakan satu inisiatif murni
kumpulan tersebut dalam memberikan pendidikan awal kepada anak- anak Orang
Asli. Pendekatan ini dilihat berkesan dalam membantu dalam
aspek pendidikan ini adalah melalui pendidikan awal kanak-kanak golongan
sasaran ini.
Pendekatan terbaik memperkenalkan aspek pendidikan awal
kanak-kanak adalah melalui pengenalan elemen ’bermain’ atau ’fun’, bagi menarik
minat kanak-kanak untuk hadir ke ”sekolah”. Saya sendiri sempat berkunjung ke sebuah iPlay
Toy Library Toy Library yang dibangunkan di Kampung Semelor sekali gus meninjau keberkesanan program yang
dijalankan. Apa yang pasti inisiatif ini dilihat mampu menarik minat masyarakat
Orang Asli untuk meningkatkan ilmu pengetahuan menerusi kaedah pendidikan yang
bersistematik.
Cetus Budaya Cintakan Alam
Bukan manusia sahaja yang mendapat 'rahmat'
daripada kehadiran Kumpulan Emkay di kawasan ini, malah seluruh alam semulajadi
termasuk penghuni rimba Royal Belum juga turut menerima nikmatnya.
Tahukah anda bahawa kawasan di Hutan Hujan
Belum-Temenggor terdapat spesies burung engggang yang lebih banyak daripada
negeri daripada Sarawak. Maka khazanah
alam semulajadi yang ada di sini patut kita hargai dan pelihara sebaik mungkin.
Bagi memastikan kelestarian alam semula jadi sekali gus memastikan alam
semulajadi di kawasan tersebut terus terpelihara Kumpulan Emkay telah
menubuhkan program Green Ranger Malaysia di Base Camp Banding.
Menerusi program yang dijalankan di Base Camp
Banding peserta akan didedahkan dengan
kesan ekologi dan ekosistem alam semula jadi. Menerusi pendekatan ini
peserta diharapkan dapat lebih mencintai dan menghargai alam sekitar.
Kunjungan Perdana Menteri
Keunikan alam semula jadi Royal Belum telah
menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk
Seri Mohd Najib Tun Razak untuk
meluangkan masa menghayati keindahan alam di sini. Beliau yang berpuas hati
terhadap pembangunan di kawasan tersebut turut menyarankan agar agensi berkaitan mengkaji kriteria dan garis
panduan bagi membolehkan Hutan Hujan Tropika Belum-Temengor mendapat
pengiktirafan sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan,
Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).
Beliau berkata, kerajaan akan berusaha
membangunkan hutan hujan tropika berusia 130 juta tahun itu kerana menepati
spesifikasi nilai warisan dan ekonomi sekali gus berupaya menarik lebih banyak
kunjungan pelancong.
“Sekiranya memenuhi kriteria, kerajaan
Malaysia akan berusaha menjadikan kawasan ini sebagai Tapak Warisan Dunia
UNESCO. Bila ada klasifikasi tersebut, akan ada nilai ekonomi dan ramai
pelancong akan datang ke sini tetapi mesti dibawa secara yang terancang dan
dikawal rapi, kita hendak pelancongan yang berkualiti," katanya.
Dalam kunjungan beliau ke Royal Belum
baru-baru ini beliau telah merasmikan
pembangunan Belum Rainforest Resort Fasa Kedua di Pulau Banding.
Turut hadir, isteri beliau, Datin Seri Rosmah
Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Menteri Kerja Raya,
Datuk Fadillah Yusof; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli
Mohd. Zin dan Pengerusi Kumpulan Emkay, Tan Sri Mustapha Kamal.
Pembangunan fasa kedua Belum Rainforest
Resort merangkumi pembinaan 36 Deluxe Suit, enam buah calet tradisional
bercirikan rumah kampung, sebuah vila eksklusif, kolam renang dan sebuah ‘base
camp’, sebagai tambahan kepada 70 bilik sedia ada.
Selain itu, Najib turut menzahirkan
pengalaman unik berada di Belum Rainforest Resort yang disifatkan berbeza
dengan lawatannya sebelum ini sekali gus mengingatkan beliau akan ayahandanya,
Tun Abdul Razak iaitu orang yang bertanggungjawab membuka Empangan Temengor di
sini pada 1974.
Oleh : Azlie Halim
Terima kasih : Kumpulan EMKAY, Yayasan Pulau Banding, Belum Rainforest Resort
Foto : Munzir, Teng Wei & Fitri Shawal
Acara Pelancongan Pikat Pelancong
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Tangan kiri mendukung adat, tangan kanan menjunjung agama. Begitulah perumpamaan yang dapat saya gambarkan tengang warisan dan adat yang kita dipertahankan sejak sekian lama. Meskipun zaman kian berubah namun adat warisan tetap disanjung.
Baru-baru ini saya sempat berkunjung ke Seri
Menanti di Negeri Sembilan untuk menghadiri Istiadat Ulangan Penghulu Luak
Mengadap dan Pesta Persukuan Adat
Perpatih.
Negeri beradat yang berpaksikan syariat ini
sememangnya terkenal dengan Adat Perpatihnya.
Adat dan warisan yang dipertahankan zaman berzaman ini kini menjadi aset
pelancongan yang berpotensi untuk dikembangkan sebagai produk pelancongan
sekali gus menarik kunjungan pelancong dalam dan luar negara.
Tahniah saya ucapkan kepada pihak Tourism
Malaysia Negeri Sembilan dan Kerajaan Negeri Sembilan kerana mengambil
inisiatif menganjurkan Pesta Persukuan Adat Perpatih dan Istiadat Ulangan Penghulu
Luak Mengadap.
Daya kreativiti dalam mempromosikan acara
pelancongan seumpama ini sepatutnya dipuji dan patut dikembangkan lagi di
negeri-negeri lain yang juga punya pelbagai produk pelancongan yang berpotensi.
Siapa sangka Adat Perpatih
yang menjadi amalan masyarakat di Negeri Sembilan kini menjadi satu produk
pelancongan yang mampu menarik kunjungan pelancong dari luar negara yang ingin
melihat sendiri keunikan yang ada di negeri ini.
Saya ambil contoh kecil tetapi marilah kita fikirkan dalam konteks yang lebih besar. Apa yang penting adalah usaha dan kemahuan. Hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih. Usah kita cari alasan lagi, kerana lagi banyak alasan yang kita bagi, lagi banyak halangan yang bakal kita tempuhi dalam mengharungi cabaran menjayakan aspirasi pelancongan negara.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada pengarah-pengarah pelancongan negeri yang begitu gigih menganjurkan acara-acara pelancongan dalam usaha menarik minat pelancong. Baru-baru ini saya juga sempat menghadiri beberapa acara pelancongan seperti Kuantan 160 Century Ride di Pahang yang saya kira antara acara yang berjaya diadakan dengan baik dan menepati hasrat menarik penyertaan antarabangsa. Begitu juga acara Citrawarna Kuala Lumpur yang buat julung kali diadakan di perkarangan KLCC yang turut berjaya menarik tumpuan pelancong antarabangsa. Saya percaya komitmen dan kesungguhan pejabat-pejabat pelancongan negeri terbabit adalah tonggak kepada kejayaan industri pelancongan negara. Tahniah saya ucapkan. Teruskan usaha anda itu demi kelangsungan industri pelancongan negara yang kita sayangi ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)