|
Friday, May 29, 2015
BRITISH AIRWAYS RESUMES KL-LONDON DIRECT ROUTE
Thursday, May 28, 2015
Saturday, May 23, 2015
Inapan Sempurna Di The Zenith Hotel Kuantan
Jika keselesaan dan kesempurnaan yang dicari tatkala ingin menginap di Kuantan Pahang, The Zenith Hotel adalah jawapannya. Ingin tahu apa lagi yang menarik tentang hotel ini? Saksikan di dalam majalah Santai Travel.
Category
License
- Standard YouTube License
All Comments (1)
- Top comments
- Newest first

Santai Magazine Shared on Google+ · 3 days ago
Read more Show less
· 1
▼ Edit Remove this comment |
Comment deleted.
Comment removed.
Comment approved.
User's comments will be hidden.


You publicly voted up this comment.
Advertisement
When autoplay is enabled, a suggested video will automatically play next.
Up Next
- Loading more suggestions...
Friday, May 22, 2015
Melbourne Yang Mesra Muslim

Bandar Melbourne terkenal kerana keindahan kepelbagaiannya dan menjadi pusat pertembungan pelbagai budaya. Dari pengaruh Itali di Lygon Street hingga penempatan Vietnam di Springsvale, kepelbagaian budaya di Melbourne jelas kelihatan pada aneka pilihan makanan di seluruh bandar ini. Populasi Muslim yang semakin berkembang juga telah membawa kepada peningkatan jumlah masjid dan tempat makan berstatus Halal di dalam dan luar bandar ini, menjadikan Victoria sebuah negeri yang sangat sesuai untuk pelancong Muslim.
Dengan bulan Ramadan yang bakal tiba, pelbagai persiapan kini sibuk
dilakukan di kejiranan lama Brunswick yang didiami sejumlah besar golongan
Muslim. Kedai-kedai berstatus Halal membarisi Sydney Road, dengan beberapa
kedai daging dan restoran Halal serta kedai-kedai pakaian Islam. Di sektor
Timur Tengah di atas bukit Brunswick, pelbagai kedai dan pasar Brunswick
menawarkan barangan runcit, manisan dan pastri yang eksotik, roti tebal Turki
dan roti leper Lubnan serta piza yang dibakar di dalam ketuhar yang dihasilkan
daripada pelbagai resipi dari Timur Tengah. Antara restoran yang paling terkenal di Sydney Road adalah Tiba’s yang
telah lama menghidangkan makanan tradisional Lubnan yang berkualiti tinggi dan
dihasilkan sendiri. Ia seakan sebuah institusi, sentiasa dipenuhi pengunjung
dan rotinya yang ringkas, gebu dan hangat dari ketuhar sememangnya tidak boleh
ditolak. Tidak jauh dari Tiba’s terdapat sebuah restoran Turki yang sangat
meriah – Adanali – yang turut menampilkan persembahan muzik secara langsung dan
tarian gelek. Terdapat banyak restoran Turki di kawasan ini tetapi restoran ini
adalah yang terbaik dari segi nilai, suasana dan kualiti makanan.Pelancong Muslim tidak perlu risau tentang makanan ketika melancong di
sini kerana terdapat banyak tempat makan Halal dan kemudahan untuk sembahyang
di seluruh bandar ini. Lord of the Fries adalah restoran rantaian dari
Australia dengan beberapa lokasi di seluruh bandar ini yang membuktikan bahawa
makanan segera juga boleh menyihatkan dengan pilihan makanan vegetarian, kosher
dan halal sepenuhnya. Pilihlah dari kentang goreng potongan lurus tradisional
atau keledek goreng dan cicahkan ke dalam sos pilihan anda untuk mencipta
kelainan pada kentang goreng biasa. Sebuah lagi restoran burger, Burger Edge,
prihatin terhadap pelanggan Muslim dan boleh memberikan pengesahan Halal
apabila diminta. Cawangannya di Melbourne Central mempunyai menu yang 100%
Halal, dengan menggantikan pilihan tidak Halal dengan daging lembu atau daging
ayam belanda di dalam burgernya. Antara pesaing terbaru di pasaran yang mesra golongan Muslim adalah
Thr1ve, sebuah kafe yang telah mendapat ulasan yang baik bagi pilihan makanan
vegetarian dan saladnya. Thr1ve membuktikan bahawa hidangan di medan selera
juga boleh menjadi sebaik restoran mewah dengan memperkenalkan paleo pertama di
Melbourne, hidangan medan selera 100% tanpa gluten. Terletak di Emporium, medan
selera ini juga mempunyai pilihan
salad yang lain iaitu Spud Bar, yang menghidangkan sebiji kentang dengan
tambahan lain pilihan anda untuk pengalaman gourmet yang unik. Selain itu, Melbourne juga tidak asing lagi bagi penggemar makanan laut.
Jalanan di bandar ini dipenuhi bar sushi yang menawarkan sushi gulung untuk
dibungkus, sebuah konsep yang dimulakan di Melbourne dan hanya terdapat di
sini. Sushi gulung biasanya menggantikan sandwich bagi penduduk Melbourne
apabila mereka memerlukan snek yang cepat dan gulungan nasi yang tidak dipotong
ini mudah dan enak dinikmati apabila anda melawat tempat-tempat yang menarik di
bandar ini. Terdapat juga sebuah kedai yang menjual burger sushi, jadi jangan
lupa untuk singgah ke J Café Restaurant untuk burger ketam kulit lembut mereka
yang unik – tetapi ingat, ia cepat habis! Untuk hidangan yang lebih biasa dan
tradisional, Seasalt yang terletak di Degraves Street menghidangkan fish and chips gaya Australia yang cukup
lazat. Penuhi keinginan anda untuk menikmati makanan laut dengan membeli dan
membawa ikan segar atau burger salmon ke Federation Square untuk pengalaman
unik berkelah di tepi sungai.Memandangkan Melbourne sudah menjadi destinasi yang popular di kalangan
rakyat Malaysia, tidak hairanlah bandar ini kini menempatkan pelbagai restoran
asli Malaysia. Antara restoran Malaysia yang cukup terkenal adalah Laksa King
di Flemington. Ia merupakan antara restoran pertama yang memperkenalkan laksa
kepada penduduk Melbourne dan telah berjaya mengumpul ramai peminat setia sejak
itu. Laksa King menawarkan sepuluh jenis laksa tetapi paling terkenal dengan
kari laksa makanan lautnya yang memastikan restoran ini sentiasa disebut di
dalam senarai makanan terbaik Malaysia. Lebih dekat dengan bandar, Coconut
House di Elizabeth Street pula sangat popular sehingga ia membuka cawangan kedua
berhampiran dengan restoran pertamanya.
Saiz hidangannya yang agak besar dan harga yang berpatutan menjadikan restoran ini pilihan utama pelajar-pelajar yang rindukan hidangan negara mereka. Menawarkan sate, nasi kerabu, nasi lemak dan banyak lagi, satu lagi restoran tersorok yang telah mula menjadi sebutan adalah Little Ipoh, pendatang baru di dalam arena makanan Malaysia tetapi cukup memuaskan. Rendang asli mereka yang lazat dan kakitangan yang mesra mengingatkan kita kepada layanan yang baik oleh rakyat Malaysia dan ini pastinya akan membuatkan anda datang kembali!Di Melbourne, anda hanya perlu memilih apa yang ingin dimakan kerana terdapat berbagai-bagai pilihan! Selepas bersiar-siar menikmati pelbagai tarikan yang hebat di Melbourne, pelancong Muslim boleh mengisi perut dengan mudah dan benar-benar berasa seperti berada di tempat sendiri.
Saiz hidangannya yang agak besar dan harga yang berpatutan menjadikan restoran ini pilihan utama pelajar-pelajar yang rindukan hidangan negara mereka. Menawarkan sate, nasi kerabu, nasi lemak dan banyak lagi, satu lagi restoran tersorok yang telah mula menjadi sebutan adalah Little Ipoh, pendatang baru di dalam arena makanan Malaysia tetapi cukup memuaskan. Rendang asli mereka yang lazat dan kakitangan yang mesra mengingatkan kita kepada layanan yang baik oleh rakyat Malaysia dan ini pastinya akan membuatkan anda datang kembali!Di Melbourne, anda hanya perlu memilih apa yang ingin dimakan kerana terdapat berbagai-bagai pilihan! Selepas bersiar-siar menikmati pelbagai tarikan yang hebat di Melbourne, pelancong Muslim boleh mengisi perut dengan mudah dan benar-benar berasa seperti berada di tempat sendiri.
PICC Tawar 300 Sajian Buka Puasa !
Bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarak yang bakal menjelang, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) memperkenalkan promosi Berbuka Puasa Kali Kedua iaitu ‘Buffet Ramadhan 2015’ yang bertemakan “Hidangan Tradisi Warisan Budaya”. Kali ini PICC mempertaruhkan pakej berbuka puasa dengan 300 hidangan yang menampilkan juadah tradisi dan warisan Melayu sebagai tarikan.
Pakej berbuka puasa ini akan bermula pada 20 Jun sehingga 15 Julai 2015 dengan kadar bayaran sebanyak RM 88.00 untuk dewasa dan RM 44.00 untuk kanak-kanak. Bagi kanak-kanak berumur bawah 5 tahun, masuk adalah percuma. Bufet akan bermula dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam. Cafe@PICC dapat memuatkan 1000 orang pada satu masa dan pada pengamatan kami tahun lalu, respon daripada para pengunjung adalah memberangsangkan. Kami berharap kami dapat menarik lebih ramai pengunjung memandangkan ini adalah tahun kedua PICC mengadakan promosi ini, kata Dato’ Badlishah, Ketua Pegawai Eksekutif PICC ketika ditemui baru – baru ini.
Antara hidangan utama yang akan menjadi tumpuan adalah Sup Ekor Berempah, Kerabu Betik Muda (Som Tam) Buah Pauh Daging Salai, Nasi Ulam Utara, Kerang Bakar Bersambal, Shawarma Ayam dan Daging, Satar Terengganu, Rendang Kambing, Gulai Daging Pisang Muda, Pajeri Jantung Pisang, dan lain-lain lagi hidangan yang berkonsepkan tradisi dan warisan Melayu. Antara Pemanis Mulut yang akan menjadi tumpuan adalah seperti Chocolate Fountain bersama buah-buahan segar yang di celup dengan chocolate, Apam Balik dan Kueh Onde-Onde. Bufet ini menampilkan sajian dihidangkan mengikut tema seperti “Pembuka Selera”, “Kecur Liur, “Pemanis Mulut”, “Manisan Periuk Tanah Liat”, “Gerai Utama PICC”, “Kawah Warisan”, “Aneka Panggang”, “Kebun Buah Pak Rusmie”, “Aneka Keropok” dan “Jeruk Pak Ali”.
Sinonim dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak, PICC turut menyediakan pelbagai jenis bubur sebagai pelengkap untuk berbuka puasa. Antara hidangan bubur yang disediakan adalah Bubur Lambuk Berempah PICC, Bubur Kacang Hijau Durian, Pengat Labu dan Pengat Pisang.
Promosi ini turut menyediakan hidangan yang berasaskan pasta iaitu Spaghetti, Fettuccine, Penne dan Linguine beserta Sos Bolognese, Napolitana dan Carbonara. Bagi mereka yang inginkan kelainan semasa berbuka puasa, boleh mencuba hidangan pasta yang lazat ini.
Sambil menjamu selera, pengunjung berpeluang memenangi “Cabutan Bertuah” dengan hadiah utama “Duit Raya Tunai” sebanyak RM 3,000.00 disamping hadiah-hadiah menarik yang bernilai lebih RM10,000.00. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelanggan dan keputusan akan diumumkan pada minggu kedua bulan Syawal di laman Facebook PICC.
Bersempena dengan bulan ramadhan ini juga, pihak pengurusan PICC turut menyediakan solat terawih berjemaah bermula pada hari pertama promosi ini bertempat di surau yang disediakan bagi kemudahan orang ramai. Surau wanita di aras Mezzanine manakala surau lelaki di aras Concourse.
Bagi mereka yang mencari kelainan semasa berbuka puasa samada bersama keluarga atau rakan-rakan disamping menikmati pemandangan indah sekitar Bandar Putrajaya, PICC adalah destinasi yang terbaik untuk berbuka puasa. Rosma AF akan menghiburkan para pengunjung dengan alunan muzik yang sesuai dengan bulan Ramadhan sepanjang tempoh promosi ini. Bagi tempahan untuk Buffet Ramadhan, orang ramai boleh menghubungi talian 03-8887 6162. Pada tahun ini tempahan juga boleh didapati melalui online booking dilaman web www.ticketonline.my/picc.
Putrajaya
International Convention Centre Sdn. Bhd.
Dataran
Gemilang, Presint 562000 Putrajaya
Tel : 03-8887 6000
Faks : 03-8887 6499
Website : www.picc.com.my
Facebook/Twitter : @piccmalaysia
Monday, May 18, 2015
Sunday, May 17, 2015
Percutian Mewah Tioman
Pulau Tioman pernah dinobatkan antara Pulau Tercantik Di Dunia. Kemewahan pemandangan di Pulau Tioman dilengkapkan lagi dengan resort-resort mewah yang memberikan pengalaman percutian yang menarik buat tetamunya.. Saksikan kisah sepenuhnya di dalam majalah Santai Travel.
Sunday, May 10, 2015
Kuala Lumpur Big Kitchen Festival 2015
Pada penghujung bulan Mei ini akan berlangsungnya fetival makanan "KL Big Kitchen Festival 2015" bertempat di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Festival yang julung kalinya diadakan ini merupakan kerjasama diantara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia yang berlansung selama 3 hari bermula 29hb sehingga 31hb Mei 2015.
Festival ini akan membawa hidangan gastronomi daripada 13 buah negeri di malaysia khusus untuk menarik pencinta makanan oleh rakyat tempatan serta pelancong antarabangsa untuk membuat pilihan dan menikmati keunikan makanan terbaik yang terdapat pada festival tersebut.
Wednesday, May 6, 2015
Inaugural Kuala Lumpur Big Kitchen Festival 2015
The city of Kuala Lumpur is set to come alive amidst a 3-day
food festival at the iconic Dataran
Merdeka later this month. Kuala Lumpur City Hall in partnership with
the Ministry of Tourism & Culture,
is proud to present the inaugural Kuala Lumpur Big Kitchen Festival 2015.Heating
its way from the 29th to 31st
May 2015, the food
festival will bring together gastronomic delights from the 13 Malaysian states,making local and
international foodies spoilt for choice with the range of over 60 food counters
serving up only the best.
Y.Bhg. Datuk Seri Hj. Ahmad Phesal Hj. Talib, Mayor of Kuala
Lumpur quoted in his speech today, “According to Euromonitor International, Kuala
Lumpur is ranked 9th out of 100 leading cities for tourist arrivals in its
annual Top City Destinations Ranking 2013.It is no surprise that Kuala Lumpur
made the Top 10 list, as one of its main
attraction is the variety of food it serves which has always created a lot of
interest with visitors from around the
world”
He added “The Kuala Lumpur Big Kitchen Festival 2015,
taglined “Bringing You the Gastronomic Experience”, is the ideal platform to introduce Kuala Lumpur as the ‘MELTING POT’ of South East
Asia. The food festival will serve delectable dishes ranging from street food
right up to fine dining while highlighting Kuala Lumpur as the GASTRONOMY
HEAVEN to the foodies around the world.”
The 3-day festival will transform Dataran Merdeka into 8 QUARTERS
to include every facet of Malaysian food - Negeri, Warung, Manisan, Food Trucks,
Warisan, Samplings, The Dulang and Mayor’s Courtyard. Each Quarter will be set
up in a unique presentation serving everything from one’s favourite childhood
dish to science defying “molecular gastronomy” dishes.
About the Festival Competitions
To create more excitement during the festival, the Kuala
Lumpur City Hall has organised the Big Challenge which includes three
competitions. First, the KL Big Kitchen, Big Race, a cooking competition which
includes racing against time to buy ingredients at KL’s oldest market, Chow Kit
Market and returning to the Big Kitchen site at Dataran Merdeka to cook a dish.
The second competition is the KL Signature Mocktail Competition, open to
amateurs or professional mixologists to create KL’s signature mocktail. Finally
the KL Signature Dish Competition, a competition that is in search of a unique,
signature dish using local herbs and spices. The winners of each competition
will receive Cash Prizes, a Trophy from the Datuk Bandar Kuala Lumpur and gifts
sponsored by the festival’s partners. Interested participants can download the
entry forms from the festival website www.klbigkitchen.com
Subscribe to:
Posts (Atom)