Menjelang tahun 2028 pasaran pelancongan Muslim global dianggarkan bernilai lebih USD225 bilion, denganjumlah pelancong Muslim dijangka mencecah lebih 230 juta orang. Malaysia, dengan reputasi negara Islam moden yang aman, mempunyai peluang besar untukmenarik sebahagian besar pasaran ini.
Data terkini menunjukkan bahawa sebilangan besarpelancong memilih untuk memanjangkan tempohpenginapan mereka, disertai dengan corak perbelanjaanyang stabil. Dengan mengaplikasikan inisiatifpelancongan mesra Muslim, sektor perkhidmatanpelancongan dilihat lebih mudah berkembang sekali gusmeningkatkan daya tarikannya kepada khalayak yang lebih luas.
Dalam konteks ini Malaysia tidak pernah ketinggalandalam memainkan peranannya sebagai penerajupelancongan mesra Muslim. Dengan gabungan warisanbudaya, infrastruktur mesra Muslim dan daya tarikansemula jadi yang memukau, Malaysia membuktikankedudukannya sebagai antara destinasi pelanconganIslamik terkemuka dunia.
Menurut laporan Global Muslim Travel Index (GMTI) 2024 oleh Mastercard-CrescentRating, Malaysia mengekalkan kedudukan teratas sebagai destinasimesra Muslim paling popular di dunia. Pencapaian inibukan kebetulan, tetapi hasil strategi bersepadukerajaan, pihak berkuasa pelancongan, dan industriuntuk memupuk kesedaran serta menyediakankemudahan bertaraf antarabangsa kepada pelancongMuslim dari seluruh dunia.
Di peringkat global, pelancongan Islamik bukan sekadarmenawarkan kemudahan ibadah dan makanan halal, tetapi menjadi ekosistem yang menggabungkanpengalaman rohani, pendidikan, kebudayaan, sertarekreasi mesra Muslim.
Malaysia memiliki semua ramuan penting untuk munculsebagai hab global pelancongan Islamik. Ekosistemhalal yang matang, kepelbagaian budaya, kestabilanpolitik relatif, infrastruktur pelancongan yang baik, dan komuniti Muslim majoriti yang mempraktikkan gayahidup syariah secara semula jadi adalah aset pentinguntuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju dalampelancongan mesra Muslim.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, istilah pelancongan Islamik (Islamic Tourism) dan pelancongan mesra Muslim (Muslim-Friendly Tourism) semakin mendapat perhatian bukan sahajakerana saiz pasaran Muslim global yang berkembang, tetapi juga kerana perubahan tingkah laku pelancongyang semakin mementingkan nilai, kemudahan ibadahdan makanan halal.
Persoalannya bagaimana kita ingin memahami konsepPelancongan Islamik dan Pelancongan Mesra Muslim? Walaupun sering digunakan dalam industripelancongan, kedua-dua konsep ini mempunyai nuansaberbeza.
Pelancongan Islamik (Islamic Tourism) merujuk kepadaperjalanan yang berteraskan nilai dan pengalamanIslam seperti lawatan ke masjid bersejarah, muziumperadaban Islam, seni khat, festival keagamaan, pendidikan warisan dan budaya. Ia lebih berfokuskepada nilai, ilmu, dan identiti.
Manakala Pelancongan Mesra Muslim (Muslim-Friendly Tourism) pula menitikberatkan kemudahan dan pematuhan keperluan syariah untuk pelancong Muslim seperti status halal makanan dan minuman, kemudahansolat (ruang, sejadah, arah kiblat), waktu solat, fasilitiberasingan atau sesuai untuk wanita/keluarga, alternatifaktiviti tanpa alkohol, dan informasi penting buat pelancong Muslim.
Malaysia berupaya menawarkan kedua-duanyaserentak iaitu destinasi pengalaman Islamik yang autentik, dan perkhidmatan mesra Muslim yang konsisten merentasi rantaian nilai pelancongan.
Kekuatan Malaysia merangkumi beberapa faktor sepertiwarisan dan ikon Islamik. Sebagai contoh Masjid Sultan Abdul Aziz Shah Selangor yang baru-baru ini telahdinobatkan sebagai Lokasi Pelancongan Islamik Terbaikdi Tourism Industry Awards 2025. Begitu juga denganbeberapa masjid-masjid lain serta institusi ilmu, senikhat dan sejarah perkembangan Islam nusantara.
Tidak cukup dengan itu Malaysia turut mempunyairantaian bekalan Halal yang stabil dari sajian makananhinggalah kosmetik dan farmaseutikal. Negara mempunyai ekosistem halal yang mampan dan diiktirafdiperingkat antarabangsa.
Dari sudut hospitaliti dan kesantunan budaya, Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Kepelbagaian budayamajmuk yang harmoni memudahkan komunikasi silangbudaya dan penerimaan pelancong.
Sementara itu infrastruktur pelancongan sepertilapangan terbang antarabangsa, hotel pelbagaisegmen, pengangkutan efisien, dan kemudahan mesrakeluarga juga adalah antara faktor utama mengapaMalaysia berupaya menjadi peneraju PelanconganIslamik dan Mesra Muslim.
Potensi Malaysia dalam sub-segmen juga perludilaksanakan segera bagi memastikan negara teruscemerlang dalam sektor ini. Bandar-bandar sepertiShah Alam, Putrajaya, Kuala Lumpur, Melaka, dan Kota Bharu boleh membangunkan pakej pelancongan sepertipakej laluan warisan Islam (Islamic Heritage & Urban Spiritual Trails ) yang tersusun seperti masjid ikonik, muzium, galeri khat, dan pusat kecemerlanganpelancongan Islamik. Pakej harian/2H1M/3H2M denganpemandu bertauliah dan pengalaman interaktif mampumenjadi produk pelancongan yang menarik.
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah atau lebihdikenali sebagai Blue Mosque umpamanya bolehdijadikan model pusat kecemerlangan pelanconganIslamik dengan mempertaruhkan gabungan pameraninteraktif, lawatan berpandu multibahasa, latihanpemandu pelancong masjid, dan kedai kraf Islamiktempatan.
Namun bila Masjid telah dibuka untuk tujuanpelancongan, soal hukum hakam melawat masjid bagipelancong bukan muslim juga harus kita ambil kira agar perkara asas ini tidak kita ‘langgar’ sewenang-wenangnya.
Justeru itu satu modul serta garis panduan khususuntuk melawat Masjid harus dibuat segera. Hal initermasuklah akreditasi pemandu pelancong Islamikyang merangkumi soal etika menerima pelancongbukan Muslim, adab ziarah, asas fiqh pelancongan, komunikasi antara agama, pengendalian kumpulankeluarga/wanita dan sebagainya.
Malaysia berada pada kedudukan unik untuk memimpinpelancongan Islamik global denganmenawarkan gabungan nilai, ilmu, dan kemudahanmesra Muslim yang sukar ditandingi. Kunci kejayaanbukan sekadar ‘label halal’, tetapi pengalamanmenyeluruh yang konsisten—daripada saat pelancongmerancang perjalanan secara digital, sehinggalahmereka meninggalkan destinasi dengan ilmu, memori, dan hubungan baharu.
Dengan melaksanakan hala tuju strategik sepertimewujudkan pusat kecemerlangan, menyeragamkanpiawaian, mendigitalkan maklumat mesra Muslim, memperkaya produk bertema, membangun bakatindustri, memacu pemasaran berwibawa, dan memantau KPI secara telus, Malaysia bukan sahajadapat meraih manfaat ekonomi, malah mengangkatmartabat warisan dan peradaban Islam sebagai naratifpusat pelancongan yang berimpak dan berakhlak.
Inilah masa terbaik untuk bergerak “melangkaui label” menuju pengalaman Islamik yang autentik, tersusun, inklusif, dan lestari demi memposisikan Malaysia sebagai destinasi pilihan utama pelancong Muslim dariseluruh dunia.
Pelancongan Islamik bukan sekadar segmen niche, tetapi peluang ekonomi besar yang mampu memberiimpak positif kepada ekonomi, hubungan diplomatik, dan imej negara. Malaysia telah membina asas kukuhsebagai destinasi mesra Muslim nombor satu dunia, namun kejayaan masa depan memerlukan strategi jangka panjang, inovasi berterusan, dan kerjasamasemua pihak berkepentingan.
Dengan pendekatan holistik yang menggabungkanbudaya, teknologi, dan hospitaliti bertaraf dunia, Malaysia berpotensi untuk bukan sahaja mengekalkankedudukan teratas, malah menjadi Hab PelanconganIslamik Global yang diiktiraf di mata dunia.
Comments
Post a Comment