Tuesday, May 29, 2018

Alami keseronokan Festival Cheung Chau Bun





Pesta kebudayaan yang unik kembali dengan perarakan hebat serta kemuncak yang penuh dramatik dengan memanjat "menara ban”.

Setiap tahun, pada hari kelima dan kesembilan bulan lunar keempat (antara bulan April dan Mei) pelbagai jenis ban, patung dewa-dewa yang diperbuat daripada kertas, peniup seruling, pemukul gendang dan penari tarian singa berkumpul di pulau kecil Cheung Chau untuk menyambut pesta tempatan yang paling unik di dunia. Tahun ini, Pesta Ban Cheung Chau, upacara tradisional Taoist kembali mempesona para peserta dan penonton dari 19 Mei hingga 23 Mei 2018.
Pesta yang berlangsung selama seminggu di Pulau Cheung Chau terdiri daripada tiga bahagian utama. Pertama, perarakan dewa, dipanggil piu sik (warna-warna terapung); kedua penghormatan kepada roh; akhir sekali dan juga yang paling terkenal, adalah pertandingan merebut ban.
Idea di sebalik Piu Sik, yang juga dikenali sebagai perarakan warna terapung, adalah untuk memperingati dewa-dewa di sekitar pulau itu dan bagi menakutkan roh-roh jahat. Sebagai versi moden, penduduk kampung menyamar sebagai dewa untuk menakutkan semangat jahat. Kini bagi pelancong ia adalah satu pemandangan yang berwarna-warni, dengan kanak-kanak berpakaian seperti dewa legenda atau selebriti moden sambil berdiri di atas platform tinggi untuk kelihatan seperti 'terapung' kepada orang ramai. Pada hari terakhir perarakan, para peserta akan berlari ke Kuil Pak Tai, dengan harapan akan menjadi orang yang pertama untuk menyambut dan menghormati dewa-dewa yang diarak.
Selepas perarakan piu sik, upacara menghormati roh-roh diadakan pada waktu malam. Pada penghujung upacara, penduduk kampung membakar patung kertas Raja Hantu yang besar. Kemudian, ban akan diagihkan kepada semua orang untuk berkongsi rezeki yang baik. Ban tersebut juga dikenali sebagai "Lucky Bun" atau Ban Bertuah, dan ramai yang mendoakan keamanan, keselamatan dan kesihatan yang baik sambil menikmati ban dari Cheung Chau.
Dibuat daripada tepung beras dengan inti seperti biji lotus, kacang merah dan bijan, ban "Lucky Bun" dihias dengan aksara Cina - "damai" dan "selamat", yang melambangkan kesihatan dan kemakmuran. Tahun ini, Kwok Kam Kee, kedai ban klasik "Lucky Bun" di Cheung Chau akan bekerjasama dengan Sanrio untuk melancarkan tiga citarasa "Lucky Bun" termasuklah ban Matcha, Ube dan biji Lotus. Bermula dari Mei 2018, satu "Lucky Bun Gift Set" telah dilancarkan, di mana ban ini dihasilkan dalam bentuk Hello Kitty, Gudetama dan PomPomPurin dengan tiga citarasa baharu dan juga boleh didapati dengan rasa asli.

Pada waktu tengah malam di hari terakhir perayaan, "Bun Scrambling Competition" akan diadakan di mana sebuah menara 60 kaki (14 meter) yang diliputi dengan ban tiruan didirikan berhampiran Kuil Pak Tai. Peserta akan mendaki dengan cepat untuk mengumpul seberapa banyak ban yang mereka boleh. Semakin tinggi ban, semakin baik tuah yang akan diperolehi. Itulah sebabnya kebanyakan peserta berlumba ke puncak untuk merebut ban yang paling bertuah untuk mendapat rezeki yang baik.
Pesta ini berasal daripada wabak yang melanda Cheung Chau pada zaman Dinasti Qing (1644-1911). Penduduk pulau itu membina sebuah mazbah di hadapan Kuil Pak Tai dan memohon tuhan Pak Tai untuk mengusir roh-roh jahat di sekeliling pulau itu, sambil mengusung patung-patung dewa melalui lorong- lorong sempit di kampung mereka. Wabak itu berakhir selepas mengendalikan ritual Taoist ini. 100 tahun kemudian, upacara-upacara ini masih diamalkan dan telah menjadi sebahagian daripada warisan budaya Hong Kong.
Di samping acara meriah Pesta Ban Cheung Chau, Hong Kong juga akan meraikan perayaan tradisional lain seperti:
22 Mei Hari Ulang Tahun Kelahiran Buddha
Dianjurkan oleh Buddha's Light International Association of Hong Kong, sambutan Karnival Hari Ulang Tahun Buddha menarik lebih daripada 100,000 peserta setiap tahun. Buddha Bathing Festival, adalah salah satu karnival yang paling unik dan penuh kerohanian yang disambut di Hong Kong. Ketika sambutan ini, terdapat pesta makanan vegetarian, karnival permainan, pameran bunga, seni dan kraft tangan; serta 'Kid's Paradise'. Pengunjung boleh mengambil bahagian dalam upacara seperti memandikan Buddha, melafazkan doa, meditasi, dan kaligrafi sutra, yang berfungsi untuk menyucikan minda seseorang. Ia merupakan salah satu upacara paling besar yang diadakan di Bi Lin Po Lin di Pulau Lantau, rumah Buddha Besar.
22 Mei Hari Ulang Tahun Kelahiran Tam Kung
Terkenal di kalangan masyarakat pesisir pantai, dewa Tam Kung dikatakan mampu meramalkan cuaca dan menyembuhkan orang yang sakit. Dia juga dikatakan mempelajari rahsia kekal muda semasa dia berusia 12 tahun. Maka patung-patung Tam Kung biasanya menggambarkan seorang lelaki berusia 80 tahun dengan wajah seorang kanak-kanak. Festival Tin Hau, Hari Ulang Tahun Buddha, dan Festival Cheung Chau Bun dan Ulang Tahun Kelahiran Tam Kung adalah peluang terbaik untuk mempelajari budaya dan tradisi yang kaya di daerah moden ini.
###
Sertai sambutan perayaan ini dan saksikan warisan Hong Kong yang kaya dengan budaya. Layari laman web Lembaga Pelancongan (HKTB) Hong Kong untuk maklumat lanjut. 

1 comment: