Tuesday, January 26, 2016

5.5 Juta Pelancong Bakal Lawat Terengganu

Mempertaruhkan keindahan alam semulajadinya serta kepelbagaian produk Pelancongan menerusi kempen Beautiful Terengganu, Kerajaan Negeri Terengganu mensasarkan 5.5 juta ketibaan pelancong sempena Tahun Melawat Terengganu 2017. Dalam tempoh 5 tahun sehingga tahun 2020, Terengganu mensasarkan peningkatan 6.5 juta pelancong dengan memberi tumpuan kepada pelancong yang berkualiti yang mampu memberi sumbangan kepada peningkatan jumlah  pendapatan kepada sektor pelancongan negeri tersebut.
Menurut YAB Dato' Seri Hj Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu, beliau yakin bahawa jumlah tersebut akan dapat dicapai berdasarkan Prestasi cemerlang Industri Pelancongan di negeri tersebut.
"Terengganu merupakan negeri yang cukup unik kerana mampu memenuhi keperluan pelancong tempatan serta luar negara. Kami mempunyai pelbagai daya tarikan pelancongan seperti warisan budaya, sejarah, makanan dan juga tarikan aktivis luar. VTY 2017 adalah sebahagian daripada pelan transformasi strategik kami bagi mempelbagaikan penjanaan pendapatan ekonomi negeri," kata Dato' Seri Hj Ahmad Razif ketika merasmikan Pra- Pelancaran Tahun Melawat Terengganu 2017 di Hotel Ritz- Carlton Kuala Lumpur. 

No comments:

Post a Comment