Bulan November ini merupakan nomen yang ditunggu-tunggu oleh semua artis serta orang ramai yang terlibat dalam memeriahkan MaTiCStreet Arts Festival (MSAF) yang akan di adakan di Lanai, MaTiC. Festival Seni Jalanan atau pun dikenali sebagai street Arts Festival bukanlah suatu yang asing di matadunia. Beberapa negara lain juga telah lama mengadakan program seperti ini dan ternya ia dilihat sebagai salah satu usaha baik dalam memperkasakan sektor pelancongan negara.
Kemeriahan festival yang akan berlansung pada 7-8 November 2015 ini turut didorong oleh kreativiti pemilik gerai dalam memasarkan barang serta produk masing-masing. MSAF ini telah dirangka dengan pelbagai jenis aktiviti menarik khas buat pengunjung yang hadir seperti konsert; Kartun dan Komik; Persembahan dan pertandingan Buskers dan Band Indie; Mural dan Graffiti; Barber dan Pakaian; Perhimpunan ‘Bikers’ dan TrakMakanan. Beberapa barisan artis terkenal tanah air akanmemeriahkan lagi kehangatan festival ini.
Festival seperti ini antara lain adalah bertujuan untukmengetengahkan keunikan seni dan budaya masyarakat malaysia khusunya masyarakat bandar/ urban yang merupakan salah satu trend hidup terkini. Impak yang mampu diberikan dari festival seperti ini sangat kuatdalam kalangan penggiat mahupun peminat seni itusendiri.
Ini kerana ia juga boleh menjadi salah satu platform untuk menyerlahkan bakat para seniman, artis, karyawanuntuk memberi ruang agar mereka dapatmempertontonkan hasil karya mereka kepada orang ramai. Di samping itu, festival seperti ini juga dapatmembina dan membuka peluang pekerjaaan kepada usahawan dalam industri kreatif serta makanan.
Penganjuran festival seperti ini juga secara tidak langsung dapat mempromosikan Pusat PelanconganMalaysia (MaTiC) sebagai salah satu ikon dan pusatinformaasi pelancogan dan kebudayaan negara.Menggunakan konsep ‘Family Fun’, festival seni jalanan ini pasti akan ‘memukau’ perhatian anda! Jom sama-sama kita meriahkan MSAF pada 7-8 November 2015 ini!
No comments:
Post a Comment