Tatkala melihat peperangan dan keadaan huru-hara di luar negara ia
mengingatkan saya tentang tingginya nilai sebuah kemerdekaan. Saya rasa bangga
dan bersyukur kerana dapat hidup aman dan damai di dalam sebuah negara yang
merdeka.
Setiap kali tiba bulan Ogos kita sering teringatkan hari kemerdekaan
negara. Siapa yang tida k kenal
tarikh keramat 31 Ogos 1957 ? Sebagai warganegara Malaysia kita wajib tahu
detik tersebut. Kerana bermula daripada detik inilah kita dapat menikmati erti
kehidupan sebagai warganegara yang merdeka.
Tapi sejauh manakah kita menghargai nilai kemerdekaan yang kita kecapi
kini. Sejauh manakah kita sayang negara
kita yang menjadi tanah tumpah darah kita ini. Barangkali nilai kecintaan kita
terhadap negara kita sudah luntur ketika ini.
Ketika negara-negara lain sedang bergolak dengan pelbagai krisis dan
kekacauan, negara kita tetap aman dan damai. Kedamaian dan keharmonian
masyarakat majmuk inilah sebenarnya aset pelancongan negara yang paling
berharga. Ditambahkan pula dengan keindahan alam semula jadi yang mempesonakan
serta pelbagai produk pelancongan yang menarik, negara kita mempunyai potensi
besar untuk berjaya sebagai sebuah negara pelancongan terkemuka di dunia.
Kadangkala saya terfikir juga apalah gunanya keindahan alam semula jadi dan
pelbagai tarikan pelancongan jika negara kita tidak aman dan huru-hara.
Pelancong bukan sahaja takut untuk berkunjung ke negara tersebut malah imej
negara juga akan terjejas. Saya katakan begitu kerana industri pelancongan
adalah satu industri yang cukup sensitif kepada situasi semasa. Walaupun
kekacauan atau sesuatu bencana itu berlaku di luar negara kita contohnya
seperti apa yang berlaku di Selatan Thailand, namun industri pelancongan
tempatan juga akan turut terjejas.
Justeru kita sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab harus
mempertahankan dan membuktikan bahawa Malaysia adalah destinasi pelancongan
yang paling selamat di dunia. Kita juga harus bersyukur dan menanamkan nilai
kecintaan yang sejati terhadap negara kita – Malaysia.
Laungan MERDEKA ! yang acap kali kita laungkan ketika tibanya detik 31 Ogos
harus kita mengertikan sedalam-dalamnya. Kita sebenarnya mempunyai
tanggungjawab yang lebih besar dalam memastikan negara kita terus merdeka. Jika
kita dapat sama-sama memastikan kedamaian dan keharmonian negara ini
berpanjangan, maka industri pelancongan negara akan terus berkembang maju.
Pada kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan
! Semoga dengan kedamaian dan
keharmonian negara yang kita kecapi hasil dapat kita pertahankan selamanya.
Assalamu'alaikum....? Tuan puwan, saya IRDI TOUR BANDUNG from Bandung Indon. Saya ade service Pakej-pakej percutian kat Bandung. Jika anda ada cadangan nak pegi Bercuti kat Bandung saya boleh bantu. Dari sewa kereta All in sehingga bookingan Hotel boleh bantu. Untuk mengetahui dan sekedar bertanya pasal pakej cuti-cuti Bandung,
ReplyDeleteboleh hubungi IRDI terus di Talian:
Mobile phone : +62 813 2216 7717
Whatsapp : +62 812 1474 1600
+62 812 2047 7335
Facebook IRDI WATI... Jom...jom...jom...! Tempah dan cadangkan mase bercuti anda dekat Bandung bersama IRDI TOUR BANDUNG....." "Your trust partner holiday in Bandung"
Diposkan oleh IRDI TOUR BANDUNG
Assalamu'alaikum....? Tuan puwan, saya IRDI TOUR BANDUNG from Bandung Indon. Saya ade service Pakej-pakej percutian kat Bandung. Jika anda ada cadangan nak pegi Bercuti kat Bandung saya boleh bantu. Dari sewa kereta All in sehingga bookingan Hotel boleh bantu. Untuk mengetahui dan sekedar bertanya pasal pakej cuti-cuti Bandung,
ReplyDeleteboleh hubungi IRDI terus di Talian:
Mobile phone : +62 813 2216 7717
Whatsapp : +62 812 1474 1600
+62 812 2047 7335
Facebook IRDI WATI... Jom...jom...jom...! Tempah dan cadangkan mase bercuti anda dekat Bandung bersama IRDI TOUR BANDUNG....." "Your trust partner holiday in Bandung"
Diposkan oleh IRDI TOUR BANDUNG