Friday, May 22, 2015

PICC Tawar 300 Sajian Buka Puasa !



Bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarak yang bakal menjelang, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) memperkenalkan promosi Berbuka Puasa Kali Kedua iaitu ‘Buffet Ramadhan 2015’ yang bertemakan “Hidangan Tradisi Warisan Budaya”. Kali ini PICC mempertaruhkan pakej berbuka puasa dengan 300 hidangan yang menampilkan juadah tradisi dan warisan Melayu sebagai tarikan.

Pakej berbuka puasa ini akan bermula pada 20 Jun sehingga 15 Julai 2015 dengan kadar bayaran sebanyak RM 88.00 untuk dewasa dan RM 44.00 untuk kanak-kanak. Bagi kanak-kanak berumur bawah 5 tahun, masuk adalah percuma. Bufet akan bermula dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam. Cafe@PICC dapat memuatkan 1000 orang pada satu masa dan pada pengamatan kami tahun lalu, respon daripada para pengunjung adalah memberangsangkan. Kami berharap kami dapat menarik lebih ramai pengunjung memandangkan ini adalah tahun kedua PICC mengadakan promosi ini, kata Dato’ Badlishah, Ketua Pegawai Eksekutif PICC ketika ditemui baru – baru ini.
Antara hidangan utama yang akan menjadi tumpuan adalah Sup Ekor Berempah, Kerabu Betik Muda (Som Tam) Buah Pauh Daging Salai, Nasi Ulam Utara, Kerang Bakar Bersambal, Shawarma Ayam dan Daging, Satar Terengganu, Rendang Kambing, Gulai Daging Pisang Muda, Pajeri Jantung Pisang,  dan lain-lain lagi hidangan yang berkonsepkan tradisi dan warisan Melayu. Antara Pemanis Mulut yang akan menjadi tumpuan adalah seperti Chocolate Fountain bersama buah-buahan segar yang di celup dengan chocolate, Apam Balik dan Kueh Onde-Onde. Bufet ini menampilkan sajian dihidangkan mengikut tema seperti “Pembuka Selera”, “Kecur Liur, “Pemanis Mulut”, “Manisan Periuk Tanah Liat”, “Gerai Utama  PICC”, “Kawah Warisan”, “Aneka Panggang”, “Kebun Buah Pak Rusmie”, “Aneka Keropok” dan “Jeruk Pak Ali”.
Sinonim dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak, PICC turut menyediakan pelbagai jenis bubur sebagai pelengkap untuk berbuka puasa. Antara hidangan bubur yang disediakan adalah Bubur Lambuk Berempah PICC, Bubur Kacang Hijau Durian, Pengat Labu dan Pengat Pisang.
Promosi ini  turut menyediakan hidangan yang berasaskan pasta iaitu Spaghetti, Fettuccine, Penne dan Linguine beserta Sos Bolognese, Napolitana dan Carbonara. Bagi mereka yang inginkan kelainan semasa berbuka puasa, boleh mencuba hidangan pasta yang lazat ini.
Sambil menjamu selera, pengunjung berpeluang memenangi “Cabutan Bertuah” dengan hadiah utama “Duit Raya Tunai” sebanyak RM 3,000.00 disamping hadiah-hadiah menarik yang bernilai lebih RM10,000.00. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelanggan dan keputusan akan diumumkan pada minggu kedua bulan Syawal di laman Facebook PICC.
Bersempena dengan bulan ramadhan ini juga, pihak pengurusan PICC turut menyediakan solat terawih berjemaah bermula pada hari pertama promosi ini bertempat di surau yang disediakan bagi kemudahan orang ramai. Surau wanita di aras Mezzanine manakala surau lelaki di aras Concourse.
Bagi mereka yang mencari kelainan semasa berbuka puasa samada bersama keluarga atau rakan-rakan disamping menikmati pemandangan indah sekitar Bandar Putrajaya, PICC adalah destinasi yang terbaik untuk berbuka puasa. Rosma AF  akan menghiburkan para pengunjung dengan alunan muzik yang sesuai dengan bulan Ramadhan sepanjang tempoh promosi ini. Bagi tempahan untuk Buffet Ramadhan, orang ramai boleh menghubungi talian 03-8887 6162. Pada tahun ini tempahan juga boleh didapati melalui online booking dilaman web  www.ticketonline.my/picc.

Putrajaya International Convention Centre Sdn. Bhd.
Dataran Gemilang, Presint 5
62000 Putrajaya
Tel : 03-8887 6000
Faks : 03-8887 6499
Website : www.picc.com.my
Facebook/Twitter : @piccmalaysia

No comments:

Post a Comment