Berbasikal Keliling Malaysia
Sekali sekala apa kata kita tukar gaya percutian kita secara santai dan sihat dengan berbasikal. Selain dapat mengurangkan kadar pencemaran udara dengan aktiviti yang mesra alam, aktiviti berbasikal juga membolehkan kita menikmati panorama indah destinasi pelancongan dengan lebih dekat daripada perspektif yang berbeza.
Aktiviti berbasikal sambil beriadah kini kian popular dan diminati bukan sahaja dalam kalangan masyarakat tempatan malah pelancong asing yang berkunjung ke negara ini.
Maka tidak hairanlah jika aktiviti seumpama ini berjaya menarik minat pelancong untuk menghayati dan meneroka keindahan destinasi pelancongan dengan pengangkutan dua roda ini.
Bagi merancakkan lagi aktiviti berbasikal disamping mempromosi destinasi pelancongan negara, Tourism Malaysia dengan kerjasama 32 buah agensi pelancongan tempatan telah menerbitkan buku panduan “Discover Malaysia by Bicycle’ yang menawarkan 74 buah pakej pelancongan berbasikal menarik di setiap negeri.
Pakej-pakej tersebut dibangunkan bagi memberi pilihan kepada penggemar sukan berbasikal dalam memilih destinasi yang bersesuaian dengan kehendak dan citarasa mereka. Menerusi buku panduan tersebut pelbagai pakej menarik ditawarkan pada harga yang berpatutan bermula daripada harga serendah RM15 sehinggalah RM990 untuk seorang.
Selain versi buku bercetak 254 muka surat, buku panduan ini juga diterbitkan dalam versi digital dengan aplikasi “Augmented Reality” yang mampu menghubungkan di antara dunia nyata dan juga dunia digital melalui aplikasi wallipop pada telefon pintar secara interaktif.
Buku panduan hasil inovasi Tourism Malaysia ini telah lancarkan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia, Datuk Rashidi Hasbullah sempena program “Kuala Lumpur Car Free Morning” di Dataran DBKL 1, Kuala Lumpur baru-baru ini. Melalui pakej ini, para pelancong dari dalam dan luar negara berpeluang untuk menerokai lebih banyak destinasi pelancongan di seluruh negeri secara berbasikal. Antara pakej menarik yang ditawarkan ialah berbasikal mengelilingi bandar Kuching melalui Pakej Classic City Ride, Pakej Berbasikal Taman Negara dan Pakej Kota Bharu Cycling Tour.
Menurut Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Dato’ Mirza Mohammad Taiyab, usah mempromosikan pakej pelancongan berbasikal di Malaysia telah berjaya menarik perhatian ramai pelancong dalam dan luar negara.
“Saya amat gembira kerana segmen pelancongan berbasikal terus mendapat sambutan dalam kalangan pelancong dalam dan luar negara. Pada tahun 2014, sebanyak 4,072 buah pakej pelancongan berbasikal bernilai RM725,612.07 telah berjaya dijual di seluruh negara,” jelas Dato’ Mirza.

Pikat Pelancong Dari Seluruh Dunia
Sebagai produk pelancongan berdaya maju, aktiviti berbasikal turut mengisi kalender sukan negara yang berupaya menarik penyertaan antarabangsa. Acara jelajah lumba basikal lebuh raya Le Tour De Langkawi umpamanya telah terbukti menjulang nama negara dalam peta pelancongan dunia. Acara yang diadakan sejak tahun 1996 ini bukan sahaja menjadi tumpuan pelumba-pelumba handalan dari seluruh dunia malah telah melahirkan ramai pelumba-pelumba hebat tempatan yang bersaing ke peringkat antarabangsa.
Begitu juga dengan acara berbasikal seperti Kuantan Century Ride 160. Acara yang dianjurkan sejak tahun 2012 ini telah mendapat sambutan hangat dalam kalangan peminat aktiviti berbasikal tempatan dan luar negara. Acara yang lebih dikenali sebagai Kuantan 160 ini adalah kesinambungan daripada program berbasikal Pahang Bicycle Mania yang merupakan salah satu ikon pelancongan negeri Pahang. Kuantan 160 merupakan aktiviti berbasikal yang berkonsepkan kayuhan santai secara beramai-ramai sejauh 160 kilometer melalui kawasan pelancongan menarik yang terdapat di sekitar Kuantan dengan melalui kawasan bandar, merentasi bukit bukau, homestay, melintasi kawasan air terjun, kawasan warisan sejarah serta kawasan pantai dan pusat peranginan.
Melihat kepada potensi yang ada pada aktiviti berbasikal ini, usaha membangunkan pakej-pakej pelancongan berbasikal dan acara-acara sukan berbasikal merupakan satu inisiatif bijak dalam menjana pertumbahan sektor pelancongan negara.

No comments:
Post a Comment