Khas buat anda yang sedang merancang
memilih destinasi terbaik untuk melancong pada tahun ini, apa kata kita ke
Taiwan! Bagi menarik minat masyarakat Malaysia
untuk melancong ke Taiwan, baru-baru ini
Biro Pelancongan Taiwan Kuala Lumpur (Taiwan Tourism Bureau Kuala
Lumpur, TTBKL) telah menganjurkan Pameran Pelancongan Taiwan buat
kali pertamanya di Malaysia. Bertemakan “Masa untuk Menikmati Kehidupan” pameran
tersebut telah diadakan di Pusat Membeli-belah 1 Utama, di mana orang
ramai boleh mendapatkan tawaran yang terbaik untuk perlancongan ke Taiwan
menerusi pameran ini.Menurut pengarah TTBKL, David Tsao,
sepanjang dua tahun beliau berada di Malaysia beliau mendapati warga Malaysia
sangat mementingkan hubungan silaturahim sesama sendiri dan ia adalah budaya
yang sama seperti masyarakat di Taiwan. “Melancong merupakan salah satu cara terbaik
untuk menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga. Dengan adanya Pameran Pelancongan Taiwan ini, TTBKL
berharap dapat menawarkan pakej pelancongan yang terbaik untuk keluarga di
Malaysia. Kami bekerjasama dengan agensi-agensi pelancongan terkemuka dari
Taiwan dan Malaysia agar pakej yang ditawarkan adalah lebih menarik untuk
destinasi-destinasi pelancongan di Taiwan. Ia juga termasuk pakej khas atau
lawatan khas yang disediakan untuk para pelawat Muslim,” terang Tsao lagi. Daya tarikan Taiwan yang unik menjadikan
negara itu sebagai destinasi kegemaran pelancong Malaysia terutama buat pelancong
Muslim. Anda tidak perlu risau untuk mencari makanan halal dan tempat untuk
menunaikan solat kerana Taiwan menawarkan pakej yang terbaik untuk pelancongan
Muslim. Sewaktu pameran Pelancongan Taiwan
berlangsung, pengunjung yang hadir telah berpeluang untuk menonton persembahan
kebudayaan, mempelajari seni kraftangan Taiwan, serta terdapat taklimat
mengenai pelancongan eksklusif di Taiwan. Pengunjung juga dihidangkan dengan
sampel makanan yang terkenal di Taiwan.
No comments:
Post a Comment