Friday, April 10, 2015

Promosi Pakej Bermotorsikal Malaysia Di Phuket...

Tourism Malaysia berkerjasama dengan Asia Racing Development Sdn Bhd, Malaysia MotoTour, Sepang International Circuit (SIC) dan Ride Thailand untuk mempromosikan pakej-pakej sukan permotoran negara selain daripada pakej ‘two-wheel’ Tourism’ dan juga pakej MotoGP Malaysia 2015. Promosi tersebut diadakan bersempena dengan Phuket Bike Week 2015 yang diadakan di Thailand dan  dijual  bermula daripada harga RM1,200. Ia akan meliputi lawatan ke Kuala Lumpur dan Genting  Highland selain peluang menyaksikan perlumbaan Malaysia MotoGP pada bulan Oktober akan datang.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Dato’ haji Azizan Noordin, acara kali ini merupakan peluang terbaik untuk kita bersua dengan organisasi motosikal dari seluruh negara, agensi pelancongan serta pihak media untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi percutian terbaik bagi penunggang motosikal. Di samping sistem lebuh raya yang bagus, pemandangan yang menarik dan cantik, tempat-tempat bersejarah, Malaysia juga kaya dengan makanan yang pelbagai dan lazat semuanya untuk dinikmati oleh para pelancong.
Tourism Malaysia mensasarkan 100 pakej pelancongan dapat dijual dengan pulangan kepada negara sebanyak RM 200,000 sepanjang pameran ini berlangsung. Pada MotoGP2014 yang lepas, seramai 692 pelancong dari Thailand telah hadir dan 100 daripadanya telah membeli pakej pelancongan MotoGP 2014 yang secara keseluruhannya merekodkan jumlah pulangan kepada Negara sebanyak 1.5 juta. Tourism Malaysia bukan hanya mensasarkan pelancong dari Thailand, malah turut mensasarkan pelancong dari negara Indonesia, Singapura, Australia, serta beberapa lagi negara lain.
Secara keseluruhannya pembangunan pakej MotoGP 2014 ini telah menjanakan pendapatan pelancongan sebanyak RM 9,094,283 dan jumlah ini telah melebihi pencapaian 2003 yang merekodkan RM1.5 juta serta sasan yang ditetapkan pada tahun ini iaitu RM3.19 juta. Jumlah keseluruhan pelawat yang hadir ke hari perlumbaan pula mencatatkan 81,896 pengunjung di mana 74.84 peratus merupakan pelawat domestik manakala pelawat antarabangsapula mencatatkan 20,607 iaitu 25.16 peratus. Anggaran jumlah pendapatan pelancong dari pelancong asing ini telah merekodkan RM54.4 juta secara keseluruhannya dan membuktikan acara ini merupakan acara yang banyak menyumbang kepada pendapatan pelanconan negara.
Phuket Bike Week kali ini membawa tema ‘ASEAN Ride Together’! Menariknya tahun ini, jangkaan pernyertaan sebanyak 10,000 peminat motosikal daripada seluruh negara dan ia dilihat sebagai salah satu peluang untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi percutian terbaik dengan penggunaan motosikal sebagai tarikan unik.





No comments:

Post a Comment