Bagi membantu melonjakkan industri Pelancongan negara National Tourism Council Malaysia (NTCM) akan melancarkan beberapa inisiatif yang baharu. Menerusi barisan kepemimpinan bagi sessi 2015/17 yang baru dilantik, usaha ini diharapkan dapat memperkasakan lagi sektor pelancongan negara.
Menurut Dato' Seri Mohd Sharkar Shamsudin, Presiden NTCM, meskipun pada tahun 2014, Malaysia di landa dengan beberapa peristiwa yang boleh menggugat pertumbuhan industri pelancongan, namun dengan kepemimpinan Menteri Pelancongan , Dato Seri Nazri Aziz Abd Aziz yang tampak begitu agresif “mempromosi” produk pelancongan negara kepada dunia dan di sokong pula oleh iltizam pemain industri yang tidak pernah mengalah dengan cabaran semasa, NTCM yakin industri ini akan terus berkembang pada kadar yang baik.
"Hal ini terbukti apabila kemasukan pelancong dari China pada tahun 2014 telah kembali meningkat sebanyak 5.9% meskipun China merupakan negara yang terjejas langsung dengan peristiwa MH 370. Perangkaan juga menunjukkan bahawa sejak Januari hingga Oktober 2014, kita telah mencapai pertambahan kemasukan pelancong sebanyak 9.6% ia itu sebanyak 22.9 juta berbanding dengan 20.9 juta bagi tempoh sama tahun 2013," jelas Dato' Seri Mohd Sharkar.
Menurutnya lagi perkembangan positif Ini juga jelas membuktikan bahawa industri pelancongan Negara kita tetap berkembang dan maju ke hadapan meskipun terdapat beberapa peristiwa malang yang ditakdirkan ke atas kita. Kejayaan ini juga adalah berkat kebijaksanaan kepimpinan Menteri dan pegawai-pegawai di Kementerian yang sentiasa berusaha mencari jalan baru dan terbaik dalam memajukan industri pelancongan Negara.
Tambahnya lagi Inisiatif pengecualian Fee Visa kepada pelancong China dan pemberian Visa on Arrival kepada pelancong China yang memasuki Malaysia melalui Singapura adalah antara inisiatif yang sangat membantu.
"NTCM ingin mencadangkan supaya inisiatif pengecualian fee ini dipanjangkan kepada pelancong dari Negara lain yang berpotensi seperti India dan Negara Timur Tengah. Kepemimpinan NTCM juga telah merangka dan akan segera melancarkan inisiatif tersendiri bagi menyokong usaha-usaha memacu pertumbuhan industri Pelancongan Negara," kata Dato' Seri Mohd Sharkar.
Antara inisiatif yang akan dijalankan oleh NTCM :
1. Memperkasa program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dalam industri Pelancongan Negara dan Global. NTCM akan berganding bahu dengan pihak-pihak berkaitan untuk melaksana program R&D bagi menghasilkan produk-produk baru pelancongan yang inovatif dan menarik, serta mencari pendekatan baru dalam perkhidmatan dan pemasaran di peringkat domestic dan global. Untuk itu NTC akan segera menubuh dan menggerakkan sebuah pusat Penyelidikan sendiri.
2. Memperkasa program latihan dan latihan semula (re training) tenaga kerja di sektor pelancongan Negara dari peringkat pengurusan tertinggi, peringkat barisan hadapan dan juga hingga peringkat bawahan (sokongan), bagi melahirkan tenaga kerja yang mencukupi dan mempunyai tahap kemahiran yang tinggi. Untuk itu NTCM juga akan menubuh dan menggerakkan sebuah Akademi Latihan sendiri untuk melatih tenaga kerja tersebut. Kita juga akan membantu kerajaan untuk menghasilkan lebih banyak modul latihan yang piawai (berdasarkan NOSS – National Occupational Skills Standard) di bidang perkhidmatan pelancongan dan hospitality.
3. Memperkasa program Pembangunan Usahawan Pelancongan bagi menambah lagi jumlah pemain industri pelancongan Negara yang lebih berkualiti dengan tumpuan kepada melatih para siswazah untuk menceburi bisnes di sektor pelancongan. Program ini juga akan dilaksanakan melalui Akademi yang akan ditubuhkan dan dengan kerjasama beberapa institusi latihan keusahawanan
4. Memayungi dan Memobilisasi ahli gabungan untuk bekerjasama dengan semua pihak yang berkaitan dengan pelancongan melalui pendekatan baru yang lebih harmonis dan produktif - NTCM sebagai sebuah badan gabungan kepada seluruh pertubuhan yang mewakili pemain dan penggiat di sektor Pelancongan Negara, yang ditubuhkan sejak tahun 1986 (hampir 30 tahun lalu) juga akan terus menggalakkan kerjasama antara ahli gabungan dan dengan semua pertubuhan yang mewakili pemain dan penggiat di sektor pelancongan.
Dato' Seri Mohd Sharkar Shamsudin, Presiden NTCM |
Menurutnya lagi Kepemimpinan NTCM yang baru bukan sekadar akan menjadi jambatan penghubung antara pemain industri dengan kerajaan, malah akan menjadi “sahabat industri” kepada semua pihak termasuk semua jabatan serta agensi kerajaan yang terlibat dalam industri pelancongan samada secara langsung atau tidak langsung (seperti Kementerian Pertanian, Alam Sekitar dan sebagainya) dan juga dengan seluruh pemain dalam industri ini.
"Melalui pendekatan ini kita akan lebih banyak mengadakan perundingan dan perbincangan dengan pihak-pihak terlibat bagi mencari penyelesaian kepada masalah serta merumus formula baru ke arah memajukan industri ini serta menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan terulung di dunia," katanya ketika majlis bertemu media yang diadakan di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur baru-baru Ini.
No comments:
Post a Comment