Tanah Lot di Bali yang membawa maksud 'Tanah Atas Laut'. |
Jika
tidak kerana budaya dan pantainya yang tersohor, tidak mungkin saya ke sini.
Meskipun banyak lagi destinasi pelancongan yang menarik namun Bali seakan punya
kuasa 'magnet' untuk menarik kunjungan ramai pelancong dari seluruh dunia.
Inilah
Bali, pulau yang paling terkenal di Indonesia. Destinasi menakjubkan dengan
gabungan keindahan lanskap alam semula jadi dan budaya. Keindahannya
bukan sahaja pada pandangan mata tetapi kemesraan dan sifat ramah tamah
masyarakat di sini.
Di
sini kebudayaan terus dilestarikan dari generasi ke generasi. Budaya masyarakat
Hindu yang mendominasi pulau ini menjadi antara aset Pelancongan yang cukup
beharga. Sama ada pelancong ada atau pun tidak acara adat dengan ritual tradisi
tetap diteruskan sebagai pegangan hidup masyarakat di sini. Bunyi alat
muzik serta genderang bergema seakan menyambut mesra pelancong ke daerah
ini.
Sebagai
destiansi paling popular di Indonesia, Bali dilengkapkan lagi dengan kemunculan
resort dan inapan berharap antarbangsa. Di sinilah pelancong dari seluruh dunia
berpadu dengan pantai yang menawan dan kehidupan malam yang meriah. Maka tidak
hairanlah saban hari Bali mendapat banyak pengiktirafan dan jolokan sebagai
syurga dunia. Majalah Travel and Leisure memilih Bali sebagai World's
Best Island tahun 2009, sementara Lonely Planet's memilih
Bali sebagai peringkat kedua Best of Travel 2010.
Bali
juga dikenali dengan sebutan pulau dewata, pulau seribu pura, atau pulau
syurga. Keindahan alamnya luar bias. Gunung berapi menjadi latar pemandangan
yang memberikan sentuhan luar biasa kepada panorama di Bali. Hamparan sawahnya
yang menghijau dan bertingkat-tingkat memberikan rasa damai dan ketenangan. Butiran
pasirnya yang memutih lembut bak sutera memahat rasa rindu pada kedamaian. Awan
yang berarak mesra membias mentari yang memancar seolah menjadi persembahan
keindahan alam yang tiada penghujungnya.
Budaya
Disanjung
Adat & budaya masyarakat Hindu di Bali |
Karya
seni dan budaya menjadi tonggak
pelancongan di sini. Seni ukir batuan dan kayu kayan jelas mempamerkan
identitinya yang tersendiri. Bila sebut sahaja senireka Bali kita sudah dapat
membayangkan keindahan dan kehalusan karya seninya yang lahir daripada
kreativiti tanpa batas yang cukup
sempurna. Bali juga memiliki tariannya
yang dramatis dan upacara adatnya yang beragam serta seni yang indah dan berkualiti tinggi.
Adat dan kebudayaan yang ada
pada masyarakat Bali berkait rapat dengan agama dan kehidupan agama masyarakat
Hindu. Ia memiliki akar sejarah
yang panjang dan mencerminkan
perhubungan dengan dominasi nilai serta falsafah agama Hindu. Justeru banyak
elemen-elemen yang berkaitan dengan kepercayaan kepada adat dan budaya
masyarakat Hindu terpatri di pulau ini tidak kira dari aspek arkitektur, seni
dan kehidupan masyarakat di sini.
Masyarakat
Bali yang menganut agama Hindu Bali yang taat, sebagian besar hidupnya
didedikasikan dalam upacara adat yang bertujuan untuk memelihara keharmonisan
di dunia. Oleh karena itu, pulau kecil ini menyimpan banyak kejutan budaya di
dalamnya.
Membelah
Ombak Pantai Kuta
Pantai Kuta... Syurga peluncur ombak |
Pantai yang cukup
tersohor di Bali tentunya Pantai Kuta. Pantai ini juga digelar pantai matahari
terbenam dan cukup digemari oleh mereka
yang meminati aktiviti surfing. Pantai
ini sememangnya cukup popular dalam kalangan pelancong Australia yang ingin
melakukan aktiviti surfing dan bersantai di tepian pantai. Di sini juga terdapat lebih 1,000 peniaga dari pengusaha kedai makan dan kelab malam
hinggalah kepada pengusaha urutan serta kedai tatoo menyediakan perkhidmatan
mereka khas untuk pelancong dengan kadar harga yang berpatutan.
Pelbagai gelagat dan ragam manusia dari seluruh dunia dapat anda saksikan di sini. Meskipun satu ketika dahulu satu peristiwa letupan bom yang mengorbankan ramai jiwa berlaku di sini namun itu semua tidak pernah mematahkan semangat masyarakat di sini untuk bangkit menjadikan pulau ini sebagai destinasi pelancongan paling popular di dunia.
Pelbagai gelagat dan ragam manusia dari seluruh dunia dapat anda saksikan di sini. Meskipun satu ketika dahulu satu peristiwa letupan bom yang mengorbankan ramai jiwa berlaku di sini namun itu semua tidak pernah mematahkan semangat masyarakat di sini untuk bangkit menjadikan pulau ini sebagai destinasi pelancongan paling popular di dunia.
Seri Tanah Lot
Tanah Lot yang
bermaksud Tanah Atas Laut menjadi lokasi yang wajib anda kunjungi tatkala ke
Bali. Terletak di Tabanan kira-kira 20 km dari lapangan terbang
antarabangsa Denpasar, destinasi ini
menawarkan pemandangan yang cukup menakjubkan. Formasi tebing tinggi dan
batu-batan yang terhasil akibat hakisan air laut telah memberikan seribu satu
rahmat buat daerah ini.
Dipercayai sekitar abat ke 15, Sami Nirartha telah membina kuil di Tanah Lot bagi mengagungkan Tuhan laut di Bali. Kuil ini dipercayai mengawal roh-roh jahat serta penceroboh dan kononnya terdapat seekor ular besar yang melindungi kuil tersebut.
Banyak perkara menarik yang ditawarkan pulau eksotik ini. Dari kehidupan spiritualnya sehinggalah sajian makanannya yang hebat. Dari aktiviti luncur ombak atau surfing sehinggalah meneroka keindahan alam di hutan yang mencabar.
Dipercayai sekitar abat ke 15, Sami Nirartha telah membina kuil di Tanah Lot bagi mengagungkan Tuhan laut di Bali. Kuil ini dipercayai mengawal roh-roh jahat serta penceroboh dan kononnya terdapat seekor ular besar yang melindungi kuil tersebut.
Banyak perkara menarik yang ditawarkan pulau eksotik ini. Dari kehidupan spiritualnya sehinggalah sajian makanannya yang hebat. Dari aktiviti luncur ombak atau surfing sehinggalah meneroka keindahan alam di hutan yang mencabar.
Bali juga sering menjadi destinasi percutian buat
pelancong dari Malaysia. Tidak kira untuk
tujuan berbulan madu mahupun percutian insentif, Bali menawarkan
percutian yang sempurna buat tetamunya. Terima kasih buat Buraqoil & IPTB
Sdn Bhd yang membawa saya bersama warga Buraqoil yang merupakan peneraju stesen
minyak luar bandar terkemuka di Malaysia. Menerusi rombongan tersebut wakil pengedar
rangkaian Buraqoil yang terbaik telah dibawa bercuti ke Bali menerusi pakej
selama empat hari tiga malam.
Oleh : Azlie Halim
Terima kasih : Buraqoil / IPTB Sdn Bhd
Assalam Deputy, o, ko dah g ikut rombongan Buraqoil bkn promosi saja...tahniah.
ReplyDeleteTuan Guru Murshidul Am... terima kasih.
ReplyDelete