Aktiviti lasak sama ada mendaki
gunung atau apa juga aktiviti yang menguji kekuatan mental merupakan satu
aktiviti riadah yang dapat mengeratkan lagi semangat berpasukan dan setia
kawan.
Selain dapat menikmati keindahan alam semula jadi ciptaan Tuhan, dalam masa
yang sama kita sebenarnya akan dapat
mengenali dengan lebih dekat lagi kawan kita. Di dalam hutan, semasa berhadapan
dengan pelbagai rintangan dan cabaran, kita akan dapat lihat siapa sebenarnya
kawan, siapa sebenarnya lawan. Siapa yang pentingkan diri sendiri dan siapa
yang prihatin membantu orang lain.
Situasi sebegini sering berlaku lebih-lebih lagi pada saat-saat genting di
dalam hutan. Ada yang menangis kerana ketakutan ada juga yang mementingkan diri
sendiri tanpa memperdulikan rakan yang memerlukan bantuan. Jangan tengok orang lain ! Cuba lihat diri
kita sendiri dahulu... Adakah kita pentingkan diri sendiri atau mengutamakan
orang lain? Sikap sebenar kita secara tida k
langsung akan terserlah dengan sendirinya. Sikap sebenar kawan kita juga akan
terserlah tanpa dapat disembunyikan lagi. Ada yang panas baran dan ada yang
sabar menghadapi cabaran. Inilah masanya
untuk kita mengenali dengan lebih dekat lagi siapakah diri kita yang
sebenarnya. Muhasabah diri sendiri dengan aktiviti lasak di dalam hutan
belantara sememangnya memberikan kesan yang mendalam dalam mencetuskan
perubahan positif dalam diri seseorang itu. Bagi yang ingin mencari ‘pasangan
hidup’ aktiviti lasak sebegini mungkin boleh dijadikan satu ‘peperiksaan’ tida k rasmi untuk menguji tahap kesetiaan pasangan
kita tersebut. Maka tida k hairanlah
mereka yang sering melakukan aktiviti lasak secara berkumpulan akan bertemu
‘jodoh’ mereka yang paling ideal di dalam hutan dan mereka akhirnya mendirikan
rumah tangga. Segala rintangan dan cabaran semasa melakukan aktiviti lasak di
dalam hutan dapat mereka ‘aplikasikan’ dalam kehidupan berumah tangga dan
akhirnya mewujudkan suasana harmoni dalam keluarga.
Justeru saya berharap agar kita dapat membuka minda kita dengan memberikan
satu persepsi yang maha luas tentang aktiviti-aktiviti lasak yang kita lakukan
itu. Sekali-sekala cuba nilai semula diri kita kerana setiap apa yang berlaku
itu sebenarnya ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya. Pada kesempatan ini
saya ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Encik Kamal Pelopor dan
pasangannya Dayana yang merupakan orang yang cukup aktif dalam menganjurkan
pelbagai aktiviti lasak dan mendaki gunung. Mungkin juga beliau bertemu
pasangannya menerusi aktiviti lasak yang mereka sertai.
No comments:
Post a Comment