Tuesday, June 12, 2012

Selamatkah Destinasi Pelancongan Kita?

Salah satu faktor utama yang sering diambil kira ketika memilih destinasi pelancongan adalah faktor keselamatan. Jika tahap keselamatan disesuatu destinasi percutian itu diragui, maka percutian yang umumnya bermatlamatkan mencari ketenangan dan kedamaian pasti bertukar menjadi ketakutan.
Faktor keselamatan destinasi percutian yang ingin kita kunjungi sememangnya menjadi keutamaan dalam merancang percutian. Bila sebut soal keselamatan, kita tidak boleh berkompromi lagi... Mana mungkin kita memilih destinasi pelancongan yang kita tahu bakal mengancam nyawa kita malah harta benda kita. Lebih-lebih lagi destinasi percutian luar negara yang banyak berlalu kekacauan, huru hara atau yang dilanda wabak penyakit.
Namun sebelum kita sibuk melihat negara luar yang berhadapan dengan pelbagai kemelut keselamatan di destinasi pelancongan, cuma kita lihat dulu tahap keselamatan destinasi pelancongan kita khususnya kepada pelancong tempatan mahupun antarabangsa.
Baru-baru ini saya dikejutkan dengan komen daripada seorang rakan saya yang berasal dari Perancis mengenai  tahap keselamatan dalam kalangan pelancong yang bercuti ke negara kita. Sudah tiga kali dia datang melancong ke sini tapi malangnya setiap kali percutiannya di sini berakhir dengan kisah sedih apabila anda sahaja  harta bendanya  yang hilang. Kali pertama kameranya dicuri dan yang terbaru wangnya yang disimpan di dalam bilik hotel pula lesap ! Itu baru kisah tentang kehilangan harta benda. Belum lagi kisahnya ditipu oleh pemandu teksi.  Begitu juga dengan kes-kes yang lebih dahsyat yang berlaku baru-baru ini  kepada pelancong dari Eropah  yang diperkosa di sebuah negeri di pantai timur apabila mereka  pulang dari Pulau Perhentian. Malah ketika saya berada di sebuah Pondok Polis Pelancong di MATIC baru-baru ini saya melihat anda beberapa orang pelancong sedang sibuk membuat laporan polis tentang kejadian kecurian dan peras ugut di Kuala Lumpur.
Saya termenung panjang... Jika situasi ini adalah realiti apa yang berlaku di negara kita, saya rasa amat kecewa. Rasa kecewa bercampur malu yang teramat sangat. Tak tahu bagaimana ingin saya terjemahkan  rasa hati saya ini.
 Aduhai warga Malaysia yang budiman... Walaupun isu ini nampak remeh dah terpinggir, namun ia memberi implikasi yang cukup besar kepada industri pelancongan kita. Kerajaan telah membelanjakan jutaan ringgit untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan terunggul di dunia, tapi malangnya sikap segelintir masyarakat kita yang tidak bertanggungjawab ini telah menghancurkan imej dan nama baik negara kita.
Saya ambil contoh kecil tentang apa yang berlaku dalam konteks pelancongan negara kita. Tapi biarlah kita berfikir dalam konteks yang lebih besar. Usah tunggu atau menunding jari mencari salah siapa. Usah biarkan tanggungjawab ini diserahkan kepada pihak tertentu sahaja. Saya sering nyatakan bahawa tugas untuk memperkasakan dan memartabatkan industri pelancongan ini adalah tugas kita bersama. Pihak polis umpamanya telah melakukan tugas mereka sebaik mungkin dalam menjaga keamanan negara. Kita sebagai masyarakat yang bertanggungjawab juga harus memainkan peranan kita sebaik mungkin dalam memastikan destinasi pelancongan kita selamat sepanjang masa. Saya percaya dengan komitmen semua pihak, imej destinasi pelancongan kita akan sentiasa dipandang secara positif sekali gus memberi keyakinan kepada pelancong untuk melawat negara ini dengan tenang.


3 comments:

  1. Betul tu tuan, kadang-kadang berjalan malam di kotaraya Bangkok rasa lebih selamat dari Kuala Lumpur, bukan niat memuji negara jiran, tetapi memandangkan kes kes yang berlaku ke belakangan ini amat membimbangkan dan memberi rasa tidak aman kita sebagai pelancong domestik, apatah lagi pelancong asing.
    Daripada segelintir yang merosakkan keadaaan dan situasi telah dan boleh menjejaskan pelancongan keseluruhannya.
    kita semua kena sama sama berfikir dan berkongsi bagaimana mahu mengembalikan semula keyakinan bahawa negara kita memang aman dan aman

    sekian terima kasih

    sanusi agro
    blogger
    http://terengganumyheritage.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. blog tuan di link kan ke blog terengganumyheritage.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. terima kasih terengganulegend...

    ReplyDelete