Tuesday, May 23, 2017

Uzaidi Terajui Majlis Pelancongan Malaysia


Presiden Malaysia Inbound Tourism Association (MITA), Uzaidi Udanis telah dilantik sebagai Presiden Majlis Pelancongan Malaysia yang baharu dalam mesyuarat agung tahunan MTC baru-baru ini. Beliau yang sebelum ini memegang jawatan sebagai  Setiausaha Agung MTC telah menang tanpa bertanding dalam pemilihan tersebut. 
Proses peralihan kepimpinan MTC daripada Mantan Presiden MTC untuk tahun 2015-2017, Dato’ Sri Hj Mohd Sharkar Shamsuddin berjalan lancar dan baik apabila semua ahli gabungan memberikan sokongan penuh kepada barisan kepimpinan baharu yang dipilih.

Berikut adalah senarai kepimpinan baharu Majlis Pelancongan Malaysia untuk penggal 2017-2019

Presiden : Uzaidi Udanis
Timbalan Presiden : Dato’ Hj Sahariman Hamdan
Naib Presiden I : Azlan Hussain
Naib Presiden 2 : Jimmy Leong

EXCO :
  1. Dato’ Azlie Halim
  2. Dato’ Hjh Noor Zaleha Hj Baharuddin
  3. Eric Sinnaya
  4. Thangavelu
  5. Wan Supian Dato’ Wan Ishak
  6. Ir Mohammad Hassan
  7. Amy Suraya
  8. Aminuddin Mohamad
  9. Sham Chen
  10. Mazmadi