Monday, September 26, 2016

Potensi Pelancongan Desaru

Suatu ketika dahulu nama Desaru begitu Tersohor dalam peta pelancongan negara. Namun entah di mana silapnya nama Desaru seakan sepi. 
Kemunculan pelbagai destinasi Pelancongan baru di negara ini dilihat Sebagai antara faktor yang membuatkan nama Desaru seakan tengelam. 
Meskipun begitu harus diingat Desaru tetap punya potensi yang tersendiri. 
Bagi anda yang sudah lama tidak ke daerah ini atau belum pernah ke sini, anda pasti teruja melihat pelbagai produk  Pelancongan menarik yang ada di Sini. 
Desaru Fruit Farm umpamanya adalah Lokasi yang ️boleh anda kunjungi untuk  aktiviti Agro tourism. 
Bagi peminat sukan golf, The Els Club Desaru yang dilengkapi dengan lapangkan 27 hole serba baharu ️boleh anda pilih. 
Jika anda ingin menyaksikan spesies Buaya, Taman Buaya yang terletak di Teluk Sengat ️boleh anda kunjungi.
Lokasi penginapan juga mudah diperolehi di sini. Tiara Residence Desaru adalah antara penginapan berkonsepkan apartement yang sesuai untuk anda yang bercuti Bersama keluarga.
Jika inginkan suasana inapan yang berbeza, The Lotus Resort Desaru mungkin sesuai untuk anda. 

Monday, September 19, 2016

DBKL & UKM JALIN KERJASAMA JAYAKAN DUTA PELANCONGAN KUALA LUMPUR





KUALA LUMPUR : Selepas lebih setahun program KL Tourism Ambassador dilaksanakan,  program ini telah berjaya memberikan impak positif kepada industri pelancongan di Kuala Lumpur. Hari ini DBKL menerusi Biro Pelancongan Kuala Lumpur, telah menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) khususnya  dalam bidang kemasyarakatan, sukarelawan dan pelancongan. Pada majlis yang sama Datuk Bandar Kuala Lumpur juga turut menyampaikan Sijil Penghargaan kepada 21 orang Sukarelawan Duta Pelancongan Kuala Lumpur. Sejak dilancarkan pada 17 Disember 2014 seramai 111 orang telah terlibat dalam program tersebut. 

Menerusi Memorandum Persefahaman tersebut, DBKL dan UKM telah bersetuju untuk bekerjasama dalam menjayakan program Sukarelawan Duta Pelancongan Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur Tourism Ambassador. Penyertaan pelajar UKM di dalam program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar dalam bidang pelancongan untuk meningkatkan keyakinan diri serta kemahoran berkomunikasi. 

Pelajar yang terlibat akan diberi latihan serta tugasan sebagai sukarelawan pelancongan di beberapa tempat tumpuan pelancong. Selain memberi khidmat nasihat, mereka juga akan melaksanakan promosi dan publisiti aktiviti Sukarelawan Duta Pelancongan Kuala Lumpur. Pelajar yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 6 bulan akan diberikan sijil penghargaan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur. 

Perlaksanaan program Sukarelawan Duta Pelancongan Kuala Lumpur ini adalah selaras dengan inisiatif 10.6 Kuala Lumpur Tourism Master Plan 2015-2025, di mana program ini melibatkan penyertaan masyarakat dalam membantu mempromosikan Kuala Lumpur sebagai destinasi pelancongan mesra pelancong.  Inisiatif ini  juga bertujuan untuk memastikan para pelancong mendapat akses informasi dengan mudah serta tepat mengenai Kuala Lumpur, mudah untuk mereka terokai, jelajahi serta mendalami keunikan produk yang ditawarkan di Kuala Lumpur ini.

Sukarelawan tersebut merupakan wakil yang dilantik untuk berada di sekitar bandaraya Kuala Lumpur bagi membantu, memberikan perkhidmatan serta menyampaikan informasi kepada pelancong yang memerlukakan khidmat nasihat.  

Pada majlis pelancaran ini, Datuk Bandar berkata, visi program ini adalah untuk mendapatkan penglibatan para sukarelawan membantu mempromosikan Kuala Lumpur kepada para pelancong dan pada masa yang sama memberikan mereka peluang untuk mendalami industri pelancongan”. 

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas jalinan kerjasama yang telah diberikan oleh  UKM  menerusi Memorandum Persefahaman ini. DBKL amat berbesar hati di atas kesudiaan dan penglibatan UKM di dalam melaksanakan inisiatif ini kerana kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama, serta memberikan inspirasi untuk memperbagaikan semangat sukarelawan di bandaraya ini”, tambah Datuk Bandar lagi. 
Sementara itu menurut YBhg. Prof. Datuk Dr. Imran Ho Abdullah,  Timbalan Naib Canselor  UKM, program ini sesuai dengan keadaan semasa yang dinamik serta kehendak masyarakat dan pemegang taruh.


”UKM perlu peka dengan tranformasi dan tindakan awal supaya ianya sentiasa relevan, dirujuk dan dihormati ( 3Rs: relevant, referred & respected) agar peranannya sebagai “Pendaulat Amanah Negara” (Guardians of the Nation) diperjuangkan. Untuk itu, UKM telah mengenalpasti enam Bidang Keberhasilan Utama (Key Result Areas - KRA) yang menjadi dasar serta halatuju strategik pada masa hadapan,” kata  Prof. Datuk Dr. Imran Ho Abdullah.