Friday, January 29, 2016

Pakej Percutian Istimewa di MITA Tourism Fair


Bermula Pada harga RM138 seorang anda boleh bercuti ke Langkawi dengan pakej termasuk tiket penerbangan dan penginapan. Pakej dengan harga berpatutan ini adalah sebahagian daripada tawaran hebat yang menanti pengunjung ke MITA Tourism Fair 2016 yang berlangsung pada 29-31 Jan 2016 di KL Convention Center.
Menurut Dato' Mirza Mohamed Taiyab, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, pelbagai pakej Pelancongan menarik ditawarkan pada harga istimewa.
"Saya harap agar orang Ramai tidak melepaskan peluang ini untuk mendapatkan pakej-pakej Pelancongan Domestik pada harga yang luar biasa," kata Dato' Mirza dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian MITA Tourism Fair 2016.

Tuesday, January 26, 2016

5.5 Juta Pelancong Bakal Lawat Terengganu

Mempertaruhkan keindahan alam semulajadinya serta kepelbagaian produk Pelancongan menerusi kempen Beautiful Terengganu, Kerajaan Negeri Terengganu mensasarkan 5.5 juta ketibaan pelancong sempena Tahun Melawat Terengganu 2017. Dalam tempoh 5 tahun sehingga tahun 2020, Terengganu mensasarkan peningkatan 6.5 juta pelancong dengan memberi tumpuan kepada pelancong yang berkualiti yang mampu memberi sumbangan kepada peningkatan jumlah  pendapatan kepada sektor pelancongan negeri tersebut.
Menurut YAB Dato' Seri Hj Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu, beliau yakin bahawa jumlah tersebut akan dapat dicapai berdasarkan Prestasi cemerlang Industri Pelancongan di negeri tersebut.
"Terengganu merupakan negeri yang cukup unik kerana mampu memenuhi keperluan pelancong tempatan serta luar negara. Kami mempunyai pelbagai daya tarikan pelancongan seperti warisan budaya, sejarah, makanan dan juga tarikan aktivis luar. VTY 2017 adalah sebahagian daripada pelan transformasi strategik kami bagi mempelbagaikan penjanaan pendapatan ekonomi negeri," kata Dato' Seri Hj Ahmad Razif ketika merasmikan Pra- Pelancaran Tahun Melawat Terengganu 2017 di Hotel Ritz- Carlton Kuala Lumpur. 

Tuesday, January 12, 2016

Go Domestik.. Go MITA Tourism Fair 2016



Kuala Lumpur: 12 Januari 2016, Sektor pelancongan domestik membuka tirai  2016 dengan Karnival Pelancongan MITA 2016 yang akan berlangsung pada 29-31 Jan 2016 di KLCC Convention Centre Kuala Lumpur.
Menurut Uzaidi Uranus, Pengerusi Acara MITA Fair, lebih 100 pengusaha Pelancongan akan mempamerkan dan memasarkan pelbagai produk pelancongan yang menarik. 
Until maklumat lanjut sila layari www.mitatourismfair.com

Friday, January 8, 2016

MITA Giatkan Industri Pelancongan Tempatan

Malaysia dijangkakan menerima pertambahan pengunjung bagi sektor pelancongan tempatannya bermula tahun depan.
Dengan pelancaran kempen #GoDomestic oleh MITA, pengunjung dari luar dan dalam negara bukan sahaja dapat menikmati percutian hebat di destinasi-destinasi tempatan kegemaran mereka malah dapat mengenali negara ini dengan lebih dekat lagi melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan di sepanjang tahun 2016.
Pameran pelancongan tiga hari bermula dari 29 - 31 Januari 2016 akan menyaksikan penyertaan besar-besaran daripada lebih 140 penggiat industri yang akan mempamerkan keunikan Malaysia kepada 20,000 pengunjung yang dijangka melawat Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Meliputi ruang Dewan 6 sebesar 2,700 kaki persegi, KLCC akan membuka pintu utamanya kepada orang awam secara percuma seawal 9 pagi sehingga 9 malam setiap hari.
Pemeran MITA 2016 kali ini akan menjadi sebuah platform bagi 400 ahli-ahli MITA untuk menjual tiket penerbangan dan pakej percutian tempatan pada harga yang amat berpatutan di musim lengang (off-peak).
Selain itu, mereka akan berpeluang memperkenalkan produk-produk yang baru serta perkhidmatan yang ingin mereka ketengahkan. Pada masa yang sama, ejen-ejen pelancongan yang turut terlibat akan dijanjikan insentif pada kadar yang bersesuain.
Dengan adanya kempen sebelum ini yang telah digiatkan oleh Pelancongan Malaysia seperti Kenali Malaysia, Cuti-cuti Malaysia, Zoom Malaysia dan sekarang ini dibawah program `Make It Malaysia’ - Dekat Je!, semua kempen-kempen ini diperkenalkan dengan satu objektif – memastikan industri pelancongan tempatan negara terus berkembang pesat bukan sahaja dengan kemasukkan pengunjung dari luar tetapi juga menggalakkan penduduk tempatan untuk bercuti di negara sendiri.
"Dengan sokongan berterusan dari rakan seindustri, pihak media serta orang ramai, Pelancongan Malaysia mensasarkan pertumbuhan positif sebanyak 5% untuk tahun-tahun akan datang demi mencapai matlamatnya untuk memperolehi 76.7 juta pelancong tempatan sebelum tahun 2020,” jelas Timbalan Menteri Kementrian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia,YB Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin.
Beliau berharap bahawa peluang Malaysia untuk menarik lebih daripada 60 juta orang pengunjung domestik yang akan tinggal sekurang-kurangnya satu malam di destinasi tempatan pada 2016 akan tercapai.
"Ini amat penting kerana ia bermakna hampir RM39.3 bilion akan diperolehi melalui aktiviti berbelanja oleh para pengunjung tempatan sahaja."
Ini jelas membuktikan bahawa Pelancongan Malaysia sentiasa mempelopori serta memperjuangkan pertumbuhan sektor pelancongan dengan kejayaannya sebagai penjana pertukaran matawang asing ke-dua terbesar dan komponen ekonomi ke-enam terbesar di Malaysia bagi tahun 2013
Demi menyahut seruan serta memastikan matlamat Pelancongan Malaysia tercapai, MITA terus menggembleng tenaga dalam mewujudkan kesedaran dan menggalakkan kerjasama antara penggiat industri supaya aktiviti pelancongan dalam negara sentiasa terpelihara dan teransang.
"Pihak kami akan sentiasa bersama-sama membantu Kerajaan melakarkan pelan pembangunan pelancongan negara dengan mewujudkan kerjasama serta mengekalkan hubungan dengan pelbagai negara dan badan-badan pelancongan antarabangsa," kata Timbalan Pengerusi MITA, Uzaidi Udanis.
"Destinasi tempatan adalah satu produk negara yang mempunyai kisahnya yang unik dan tersendiri. Ia perlu dikongsikan bersama dengan semua," tambah Uzaidi.
Uzaidi berhahap agar rakyat Malaysia akan turut sama menghidupkan semula kegiatan pelancongan domestik negara justeru membawanya ke satu tahap yang boleh dibanggakan.
“Semoga keunikan Malaysia akan lebih terserlah dan sentiasa dekat di hati para pengunjung khasnya dalam negara."
Pameran MITA yang juga merupakan sebuah perhimpunan tahunan yang dihoskan penggiat industri, wakil dari badan-badan pelancongan asing dan ejen-ejen pelancongan, akan menjanjikan kemeriahan tiga hari yang dipenuhi dengan aktiviti hiburan, sessi cabutan bertuah serta peluang untuk memenangi bermacam-macam hadiah yang menarik.