Wednesday, August 19, 2015

Situation Update of the Explosion Incident in Bangkok

The Tourism Authority of Thailand (TAT) would like to convey the deepest sympathy and condolences to all the victims of the blast and their families at this traumatic time. The thoughts and prayers of the Thai people are with you.

Thai authorities have stepped up security at key locations in Bangkok following the explosion that took place on Monday (17 August 2015 around 19.00 hrs.) evening at the city’s Ratchaprasong Intersection. The explosion is currently under police investigation. The spokesman of the Royal Thai Police stated that there have been a total of 22 casualties and 123 injuries as of 18 August 2015 at 07.00 hrs. The concerned authorities are contacting the families of victims of the blast and helping the injured to get medical treatment in local hospitals. The Thai tourism industry has mobilized the support of its members to assist and facilitate tourists affected by the incident, such as providing interpreters and helping with immediate travel arrangements. 

The police have requested that locals and tourists exercise caution when out and about in Bangkok. The Royal Thai Police have increased their presence and put extra security in place at all of Bangkok’s key tourist areas in response to the incident. Citywide patrols are in place to ensure the safety of locals and visitors to the Thai capital.

Meanwhile, overall life in the city is continuing as normal. All public services and banks are available to the public. As for tourist businesses, other tourist sites, hotels, restaurants, tour operators, and shopping malls remain open, while transportation links, major roads and airports continue to operate. This includes Bangkok’s BTS Skytrain and MRT services and both Don Muang and Suvarnabhumi International Airports receive domestic and international flights. In addition, events that the Tourism Authority of Thailand (TAT) is supporting remain as scheduled, such as the “Way of Silk, the Way of Thai: A Tribute to Her Majesty the Queen” silk exhibition in Bangkok during 17-30 August, TBEX Asia 2015 during 15-17 October and the nationwide Loi Krathong festivities in November, as well as all other domestic and overseas marketing activities.

 TAT is monitoring and assessing the situation in Bangkok and will be providing regular updates.

 Useful contact for tourists: TAT Call Centre 1672


Contact Information

International Public Relations Division
Tourism Authority of Thailand
Tel: +66 (0) 2250 5500 ext. 4545-48
Fax: +66 (0) 2253 7419
E-mail: prdiv3@tat.or.th
Website: www.tatnews.org
Facebook: TAT Newsroom
Twitter: TAT Newsroom

Monday, August 17, 2015

Jalan Jalan Kg Baru





Kampong Bharu yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur bukan hanya terkenal sebagai syurga makanan tetapi lebih daripada itu. Budaya dan tradisi masyarakat yang menghuni di Kampong Bharu merupakan pelengkap kepada keunikan kampung yang tertua di bandaraya Kuala Lumpur ini. Jom saksikan keunikan kampung ini daripada perspektif yang berbeza.

Dekat Je, Jimat Belanja

Cuti-Cuti 1 Malaysia Dekat Je.. itulah slogan baru kempen pelancongan domestik Tourism Malaysia yang dipromosikan ketika ini. Penggunaan bahasa percakapan rakyat Malaysia ‘dekat je’, diharapkan akan dapat mengingatkan mereka bahawa tidak perlu pergi jauh untuk menikmati percutian yang hebat di samping   membantu merapatkan hubungan antara ahli keluarga dan sesama rakan menerusi aktiviti percutian. Meskipun dalam Kamus Dewan saya tidak jumpa perkataan ‘Je’  dalam Bahasa Melayu namun kempen promosi ini punya keunikannya yang tersendiri dan diharapkan dapat impak yang positif kepada sektor pelancongan negara. 
Dalam kita sibuk mempromosikan pelbagai kempen pelancongan, kita berhadapan dengan  cabaran isu yang lebih besar iaitu krisis matawang negara yang semakin merudum. Sehingga kini  nilai ringgit jatuh ke paras terendah RM4 = USD 1. Kejatuhan nilai ringgit tentunya akan membuatkan kita resah. Mana tidaknya, jika kita merancang untuk bercuti ke luar negara,  dengan nilai mata wang kita yang kecil mungkin menyebabkan percutian kita ke luar negara tidak berbaloi . 
Namun kita tidak boleh jadikan  alasan itu untuk tidak melancong. Jika tidak melancong ke luar negara, kita masih boleh melancong di dalam negara. Tanpa perlu menukar wang ringgit kita kepada matawang asing, kita masih boleh melancong di dalam negara ke destinasi yang mempesonakan dan yang paling penting menjimatkan belanja.
Percutian domestik sebenarnya  menawarkan pelbagai pilihan mengikut kesesuaian bajet, sama ada mahu menginap lama di bandar raya besar atau percutian singkat di bandar-bandar berdekatan, pengembaraan gastronomi merentasi beberapa buah negeri, mahupun percutian di resort mewah yang dikelilingi hutan hujan yang menghijau.
Biasanya bila memikirkan tentang percutian domestik, ia biasanya melibatkan perjalanan balik ke kampung semasa musim perayaan mahupun cuti sekolah. Namun ramai yang lupa  bahawa ada banyak tempat yang boleh dilawati pada hujung minggu, tanpa perlu mengambil cuti panjang.  Sebab itu kempen Dekat Je begitu sinonim dengan inisiatif kerajaan dalam memupuk budaya bercuti secara terancang di dalam negara. Namun dalam konteks pelancongan, kita tidak ‘dinamakan’ pelancong jika kita tidak bermalam atau menginap di lokasi percutian yang kita kunjungi itu.  Cubalah untuk bermalam di hotel, resort, rumah rehat mahupun homestay bagi melengkapkan percutian kita itu walaupun destinasi yang kita tujui itu ‘dekat je’.

Sesungguhnya
evolusi gaya hidup dan kesibukan kerja menjadikan masa itu amat berharga. Justeru adalah amat penting untuk kita meluangkan masa bersama keluarga dengan aktiviti pelancongan  hujung minggu, serta gunakanlah waktu berkualiti itu untuk menghayati keindahan destinasi pelancongan yang ada di negara kita. Tidak perlu pergi jauh dan berbelanja besar, semuanya ‘ dekat je , jimat belanja dan ekonomi negara sejahtera’.

Friday, August 14, 2015

Jejak Bumi Taiwan





Santai Travel mengembara ke bumi Taiwan untuk melihat beberapa destinasi pelancongan menarik boleh anda lawati. Penerbangan pergi dan balik ke Taiwan yang memakan masa kira-kira empat jam sehala dengan pesawat AirAsia X ini sememangnya berbaloi lebih-lebih lagi atas jemputan syarikat penerbangan tambang murah terkemuka rantau ini.

Thursday, August 13, 2015

Erti Sebuah Kemerdekaan...



Tatkala melihat peperangan dan keadaan huru-hara di luar negara ia mengingatkan saya tentang tingginya nilai sebuah kemerdekaan. Saya rasa bangga dan bersyukur kerana dapat hidup aman dan damai di dalam sebuah negara yang merdeka.

Setiap kali tiba bulan Ogos kita sering teringatkan hari kemerdekaan negara. Siapa yang tidak kenal tarikh keramat 31 Ogos 1957 ? Sebagai warganegara Malaysia kita wajib tahu detik tersebut. Kerana bermula daripada detik inilah kita dapat menikmati erti kehidupan sebagai warganegara yang merdeka.

Tapi sejauh manakah kita menghargai nilai kemerdekaan yang kita kecapi kini. Sejauh manakah kita sayang  negara kita yang menjadi tanah tumpah darah kita ini. Barangkali nilai kecintaan kita terhadap negara kita sudah luntur ketika ini.

Ketika negara-negara lain sedang bergolak dengan pelbagai krisis dan kekacauan, negara kita tetap aman dan damai. Kedamaian dan keharmonian masyarakat majmuk inilah sebenarnya aset pelancongan negara yang paling berharga. Ditambahkan pula dengan keindahan alam semula jadi yang mempesonakan serta pelbagai produk pelancongan yang menarik, negara kita mempunyai potensi besar untuk berjaya sebagai sebuah negara pelancongan terkemuka di dunia.

Kadangkala saya terfikir juga apalah gunanya keindahan alam semula jadi dan pelbagai tarikan pelancongan jika negara kita tidak aman dan huru-hara. Pelancong bukan sahaja takut untuk berkunjung ke negara tersebut malah imej negara juga akan terjejas. Saya katakan begitu kerana industri pelancongan adalah satu industri yang cukup sensitif kepada situasi semasa. Walaupun kekacauan atau sesuatu bencana itu berlaku di luar negara kita contohnya seperti apa yang berlaku di Selatan Thailand, namun industri pelancongan tempatan juga akan turut terjejas. 

Justeru kita sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab harus mempertahankan dan membuktikan bahawa Malaysia adalah destinasi pelancongan yang paling selamat di dunia. Kita juga harus bersyukur dan menanamkan nilai kecintaan yang sejati terhadap negara kita – Malaysia.

Laungan MERDEKA ! yang acap kali kita laungkan ketika tibanya detik 31 Ogos harus kita mengertikan sedalam-dalamnya. Kita sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang lebih besar dalam memastikan negara kita terus merdeka. Jika kita dapat sama-sama memastikan kedamaian dan keharmonian negara ini berpanjangan, maka industri pelancongan negara akan terus berkembang maju.

Pada kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan !  Semoga dengan kedamaian dan keharmonian negara yang kita kecapi hasil dapat kita pertahankan selamanya.

Wednesday, August 12, 2015

Ekspresi Festival Topeng

Jika budaya bertopeng menjadi identiti perayaan atau festival di Venice, Itali, kini festival seumpama itu akan menggegarkan KLCC! Fakta ini tentunya menjentik hati semua peminat topeng. Namun tahukah anda budaya dalam topeng bukan sahaja wujud dalam filem fiksyen mahupun fantasi tetapi telah berakar umbi di Malaysia dan Asia khususnya sejak lebih sedekad yang lalu.

Topeng sebenarnya merupakan salah satu bentuk ekspresi paling tua dalam peradaban manusia. Ia masih kekal menjadi amalan budaya masyarakat dunia dan sebahagian negara telah menjadikannya sebagai festival tahunan.

Antara contoh penganjuran Festival Topeng di dunia; The Masks of the Carnival of Venice (Itali), Mask at the Melanesian Festival (Australia), Massakara Festival Bacolod City ( Filipina), Japanese Mask Festival in Kamakura (Jepun) dan Andong Maskdance Festival (Korea Selatan)

MALAYSIA INTERNATIONAL MASK FESTIVAL 2015 (MIMF) menghimpunkan kesenian topeng-topeng dengan memfokuskan kepada seni budaya topeng dalam pelbagai etnik yang ditonjolkan melalui persembahan kesenian, pameran dan demonstrasi. MIMF 2015 bertujuan untuk memberi peluang dan ruang kepada rakyat malaysia untuk  menghayati keunikan seni budaya bertopeng serta falsafah yang terdapat di dalam pemakaiannya di samping memberi peluang dan pendedahan kepada masyarakat Malaysia serta pelancong untuk lebih mengenali dan menghayati seni dan budaya bertopeng.

Usaha ini dilihat dapat mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan budaya peringkat antarabangsa menerusi penyerlahan budaya topeng di kalangan masyarakat tempatan dan antarabangsa. MIMF2015 bertemakan ‘Masks – The Faces Of Time’ menceritakan bagaimana kesenian bertopeng ini wujud di dalam pelbagai lapisan masyarakat di dunia dan sekali gus memberikan suasana festival di mana para pengunjung boleh sama-sama menggayakan pelbagai bentuk topeng yang dapat menggambarkan ekspresi jiwa mereka.

MIMF2015 dilaksanakan di Esplanade, Taman KLCC terbuka kepada orang ramai dan pelancong bermula dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 malam pada 13, 14, 15 dan 16 Ogos 2015 (4 hari).  Esplanade KLCC dipilih sebagai lokasi bersejarah berlangsungnya festival ini kerana KLCC merupakan mercu tanda Malaysia dan ia merupakan pusat membeli belah paling ikonik di dunia yang menempatkan pelbagai jenama antarabangsa terkemuka dan unik. Di samping itu juga, KLCC merupakan salah satu destinasi pelancongan yang amat popular kepada pelancong yang mudah dikunjungi. Selain itu juga, ia merupakan lokasi yang ideal kepada acara yang berskala besar serta penganjuran persembahan yang berprestij dan bertaraf antarabangsa sesuai sebagai tarafnya sebagai hub seni budaya antarabangsa.

Antara negara antarabangsa yang terlibat dalam festival ini ialah Itali, China, Thailand, Filipina, Korea, Sri Lanka, Indonesia dan Malaysia sendiri. Pengisian MIMF2015 adalah Persembahan Utama (Persembahan Negara), Persembahan Sisipan (Showcase) di Central Market, NU Sentral dan Sungei Wang Plaza. Pameran, Demonstrasi, Jualan, Pertandingan Topeng. Manakala acara yang paling ditunggu pastinya perarakan topeng merangkumi Perarakan ‘Mask Parade’ di jalan-jalan tumpuan pelancong :-



- Jalan Ampang (Matic) – tempat bermula

- Jalan Sultan Ismail

- Jalan P.Ramlee

- Suria KLCC

INTERAKTIF

Antara Aktiviti Interaktif yang dilaksanakan di sini termasuklah pertandingan ‘masquerade cat walk’, melukis dan menghias topeng sendiri, ‘helmet painting’ dan ‘face painting’.

Festival ini diharapkan dapat memberi kepuasan kepada pengunjung selain pelancong yang selama ini hanya dapat menyaksikan festival seumpama tersebut begitu jauh di luar negara dan kini terdapat di Kuala Lumpur!